Sabtu, 30 Ogos 2014

Salam Kemerdekaan ke - 57

Assalamualaikum & hai2..

hari ini bertarikh 31 ogos 2014 genaplah 57 tahun Negara tercinta, Malaysia merdeka..perjuangan pahlawan-pahlawan Negara 57 tahun yang lepas telah memberi keamanan ke atas Negara tercinta atas kehendak Allah yang maha esa..di harapkan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini akan meneruskan perjuangan mengekalkan keamanan Negara..Walaupun tahun ini tahun paling mencabar untuk Negara, di harapkan itu semua membawa hikmah..Doakan juga untuk warga dunia supaya keamanan akan menjadi milik setiap insan di dunia..



Disini Lahirnya sebuah cinta..Disini ini lahirnya cinta aku pada agama, keluarga, bangsa dan Negara..semoga cinta aku ini akan terus kekal di bumi Malaysia tercinta..Terima Kasih Malaysia!!!!

Psss: keamanan tidak mampu di beli dengan wang ringgit, keamanan di beli dengan kasih sayang..^_^

Jumaat, 29 Ogos 2014

Bintulu, Sarawak...

Assalamualaikum & hai2..

Dah lama aku tak update..aku asyik ke hulu-kehilir sampai nak buka laptop pun tak sempat..dalam masa dua minggu dari kepong-bintulu-Kelantan-kuantan..memang minggu yang sangat-sangat meletihkan..
sebelum aku merapu meraban aku nak cerita travel aku ke bintulu Sarawak..aku ke sana atas urusan penyelidikan master aku bersama sebuah syarikat dari jepun ada cawangan kat Sarawak,Daiken Sarawak..

Aku kesana bersama bestfren aku, cik Nabilah..kami dapat tiket sponser..harganya dalam RM300 seorang, pergi dan balik,.murah la tu..kami naik MAS..walaupun di sponser aku masih ambik tahu tentang harga..hohoho..kami ambik tiket siang sebab tak pernah pergi, jadi takda la kami terkapai-kapai bila langit masih cerah..kami dok atas flight 2 jam jer..tak da la bosan sangat,,


sempat lagi ambik gambar dari atas flight..hoho..thanks MAS for good servis..

bila sampai jer kat airport Bintulu dan ambik bagasi bersama kotak yang berisi chip kayu untuk penyelidikan, kami, kami terus cari orang yang menyediakan perkhidmatan sewa kereta..kami sewa kereta untuk memudahkan pergerakan kami..kami sewa kereta Proton Wira dengan harga RM 500 untuk 9 hari..mula-mula rasa berbaloi, tapi bila banyak masalah dengan kereta ni rasa tak berbaloijer,.malas nak cerita pasal problem kereta ni, buat kacau mood jer..
 

kereta yang kami guna sepanjang berada di Bintulu..
 
 
Bila dapat jer kereta kami terus pergi ke Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu untuk urusan daftar masuk. di sebabkan kami travel atas urusan penyelidikan, UPM membenarkan kami menginap di rumah felo di UPM dengan bayaran tertentu yang sangat berbaloi..thanks UPM Bintulu untuk layanan anda..yang pasti harga makanan kat café UPM sangat murah...hehehe

kami sampai kat bintulu petang sabtu tapi kami mula kerja penyelidikan bersama pihak Daiken hari Isnin, jadi hari Ahad tu kami jalan-jalan la..setelah membuat pembacaan, kami terus jalan-jalan sekitat Bandar Bintulu dengan bantuan GPS..haha...tempat pertama kami pergi Pasar Utama Bintulu dan Pasar Tamu Bintulu..Bintulu ni popular dengan ikan terubuk masin, cencaluk dan belacan..jadi kami beli la separuh dulu benda-benda ni, hari terakhir kami rancang nak datang balik, nasib baik rumah felo UPM ada peti ais..

bila kat pasar tamu Bintulu,rambang mata nak pilih apa untuk dibawa balik ke semenanjung...huhu
 
 
 pintu utama ke pasar utama Bintulu...


 beli belacan bintulu..mesti mak suka..hehe


 terubuk masin untuk family dan kenalan...
 

Pasar Tamu Bintulu yang ramai orang bila kami datang,,,


hari isnin sampai sabtu di isi dengan kerja penyelidikan kat Daiken dari pagi sampai petang..hari ketiga penyelidikan kami pergi makan malam bersama staf Daiken dan seorang penyarah kami yang datang meninjau budak nakal berdua ni..hehe..terima kasih la Daiken staf sebab belanja kami makan malam kat MidValley Seafood..sedappp....

Dinner!!!...at Midvalley Seafood...
 
 

2 hari terakhir sebelum balik kami jalan-jalan sekitar Bintulu..kami pergi balik ke Pasar Utama Bintulu untuk beli buah tangan kepada family dan kawan-kawan kat semenanjung..keychain, kain Sarawak and kek lapis sarawak untuk orang-orang tersayang kami beli kat Park City Mall..keychain dengan ukiran kayu kami dapat dengan harga RM2 satu, kek lapis Sarawak yang kecil RM15 dan yang besar RM25, kain Sarawak kami dapat dengan harga RM100 untuk 5 helai..

 Bandar Bintulu..


Bandar Bintulu..

lepas letih shooping kami jalan-jalan kat sekitar pantai Tanjung Batu..lepas posing-posing kami rancang nak ke Taman Tumbina tapi tak sempat sebab ada hal yang perlu diselesaikan..lain kali bila datang ke Bintulu insyaAllah kami datang ke sini..terima kasih kat staf Daiken sebab cerita kat kami tempat best kat Bintulu...

 Pantai Tanjung Batu..

 tengok keadaan macam ni..hilangkan stress aku...


 pulau kecil di tengah pantai...


 posing tapi tidor,,,hihi

 pantai yang tak membenarkan pengunjung untuk berenang,,kat sini orang hanya ber BBQ dan jalan-jalan


cantikkk,....


psss: terima kasih untuk setiap orang yang terlibat di dalam penyelidikan saya di Daiken Sarawak..^_^

Selasa, 12 Ogos 2014

Virus Ebola

Assalamualaikum & hai-hai

diharapkan semua berapa dalam keadaan yang sihat..sekarang ni sedang kecoh berkenaan virus ebola yang sedang menyerang beberapa Negara Afrika..diharapkan Negara kita dan Negara-Negara lain juga dilindungi dari virus berbahaya ini..saya ada membuat sedikit review berkenaan penyakit ni..supaya kita dapat mencegah daripada terkena penyakit ini dan penyakit-penyakit lain juga...

Virus ebola ialah  merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus.
Interaksi antara manusia dengan binatang seperti chimpanzee, gorila, monyet dan landak juga antara punca penyebab berjangkitnya virus Ebola ini kepada manusia.
Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan.

Pesakit Ebola akan mengalami demam yang teruk, sakit kepala, sakit sendi dan sakit tekak, cirit-birit, dan muntah-muntah. Pada peringkat akhir penyakit Ebola, pesakit akan mengalami ruam-ruam dan pendarahan dalaman termasuk luaran. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru.

Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius. Kira-kira 60 hingga 90 % orang yang terkena virus ini akan mengalami kematian.

Tiada vaksin berlesen disediakan. Beberapa vaksin sedang diuji, tetapi tidak boleh didapati untuk kegunaan klinikal. Pesakit memerlukan penjagaan sokongan yang intensif kerana sering mengalami dehidrasi .

Virus Ebola bukanlah penyakit jangkitan melalui udara. Penyakit ini hanya berjangkit melalui sentuhan bendalir badan seperti darah. Pekerja kesihatan merupakan individu yang sangat berisiko tinggi oleh itu pihak perubatan biasanya memakai baju khas yang seperti  baju angkasawan untuk menutupi seluruh tubuh mereka.


psss: Mencegah lebih baik dari mengubati..
 

Sabtu, 9 Ogos 2014

Bila Bersin

Assalamualaikum & hai2..

Aku ada something nak di kongsi..takdi dok belek punyer belek fb terjumpa la satu benda ni..and aku rasa nak kongsi..
Tindakan yang perlu kita buat bila kita bersin atau orang sekeliling kita bersin...



psss : thanks a lot to Darussalam page FB for this sharing..^_^

Rabu, 6 Ogos 2014

Cup Cake Coklat...sedapppppp~~~~~~~

Assalamualaikum & hai2..

hoho..over bebenor tajuk post aku..cam masuk bangkul angkat sendiri..hahaha..sempena cuti raya hari tu kan, aku dengan adik perempuan aku suka sangat membongkangkan dapur mak aku..projek memebongkankan dapur seterusnya selepas buat biskut raya adalah projek buat kek..kami try buat cupcake coklat..and Alhamdulilah..1st try terus menjadi..sedapppp uolsss...hohoho..kat bawah ni ada gambar sekali..


 
bekas cupcake karektor kartun Despicable me menjadi pilihan disebabkan adik lelaki aku minat sangat kartun tu....
 
 
 
psss: tak cuba, tak tahu..^_^


Ahad, 3 Ogos 2014

ke kebun ler aku...

Assalamualaikum & hai2..

Dah lma aku xupdate blog..biasa la.bila kat  kampung tak sempat nak update- update ni..busy melayan family cuti-cuti and raya ni..ni aku ada gambar aku kat kebun dengan family..raya ke 4 kami dah masuk kebun..buah-buah banyak sangat..sapa-sapa nak buah rambutan,langsat,durian,manggis boleh la datang rumah..banyak sangat uolss..hoho