Sabtu, 20 September 2014

Yong Tau Foo best kat Kuantan

Assalamualaikum & hai2..

Dah sminggu aku tak update blog ni..minggu lepas ke Gebeng Kuantan..ad projek penyelidikan dengan syarikat kat sana..Alhamdulilah ada improvement dalam penyelidikan tu..
ni aku nak bercerita berkaitan tajuk kat atas..lepas meyibukkan diri dengan kerja kat sana..malam tu kononnya nak melepaskan tekanan (tension la sangat kan..poyo jer..hehe), kami melepak kat Kuantan Parade,,kami bukan buat kerja tak berfaedah okey!!..kami bukan sekadar melepak, kami jalan-jalan kat pameran buku islamik yang berlangsung kat sana..dapat la tangkap sebiji dua buku...

lepas pusing tak sampai 15 minit, perut mula minta diisi.,kami terus ke food court..dan ke bahagian yang jual Yong Tau Foo!!!.Yong Tau Foo dia memang best..ni kali ke tiga aku makan kat sini,,sebelum ni aku tak suka Yong Tau Foo yang bersup, tapi kat sini memang kena dengan anak tekak aku..sedap sangat sup dia..

aku punyer..sedapp..suka bebola yang ada chess kat dalam...
 
 

nabilah punyer..tu diaaa..macam-macam ada....hehe
 

harga setiap ketul 80 sen jer..boleh pilih nak sup atau sos..lebih baik ambik sup sebab dia bagi sekali dengan sos..sup dia memang superb!!!..I loike sesangat uolssss...

sorry gambar blurrr..sos...

kalau pergi kuantan parade jangan lupa yer singgah rasa yong tau foo best ni..food court ni aras bawah kat Kuantan Parade...

pssss: tiba-tiba teringat balik kesedapan Yong Tau Foo tuu...^_^

Sabtu, 6 September 2014

Aku Bangga Menjadi Pelajar UiTM..

Assalamualaikum & hai2..

tajuk post aku cam poyo jer kan..hehe..okey2..sememangnya aku bangga menjadi pelajar UiTM..sebuah universiti yang rela ambik aku selepas result Program Matrikulasi aku tak hebat..sebuah university yang mengajar aku erti "kamu jatuh tidak selama-lamanya kamu jatuh"..walaupun masa ijazah aku dapat program yang tak segempak macam orang lain, sekurang-kurangya aku dapat jugak menjejak kaki ke universiti..dengan semangat dari mak ayah, keluarga, pensyarah dan sahabat..aku bina keyakinan, lawan kata-kata yang cuba jatuhkan aku : "La.dapat universiti biasa jer".."ijazah macam ni nak kerja cam mana".."budak-budak yang dapat program cincai ni banyak main la ni".."aku dapat biassiswa, kau nanti jenuh la nak bayar hutang PTPTN kan"..dan macam-macam la...

ya..mula-mula aku macam jatuh semangat..masa hari keluarga hantar aku masuk UiTM Pahang, aku datang tanpa semangat..bila keluarga balik, aku termenung kat meja dalam bilik hostel..aku cuba bina semangat, ambik kata-kata negative sebagai penaik semangat aku, tulis dalam handfon aku: "manusia yang mudah putus asa, manusia yang bodoh"..aku ingat..aku tulis perkataan tu kat message handfon nokia aku and aku save..bila aku rasa down, bila aku tension, aku tengok message tu, aku tak nak jadi orang bodoh..macam melampau kan aku punyer kata-kata..tapi tu cara aku naikkan semangat aku, tiap orang ada cara sendiri kan..

bermulanya sem 1 aku, bermulanya kehidupan aku sebagai siswi, aku di perkenalkan dengan pensyarah UiTM Pahang yang tak jemu memberi nasihat, kawan-kawan sekelas yang sama-sama happy, sama-sama tension, Alhamdulilah dan terima kasih UiTM kerana kenalkan aku dengan pensyarah yang bukan sahaja mendidik aku dengan ilmu tapi mengajar aku erti semangat..terima kasih UiTM kerana kenalkan aku dengan sahabat yang bukan membawa aku kepada keburukan tapi kenalkan aku pada erti tidak putus asa,,terima kasih UiTM kerana bawakan aku suasana sebuah perjuangan menjadi manusia berguna...


muka sem 1...hehe..diorang memang kawan yang superb
 

Antara sahabat yang banyak beri motivasi masa degree dulu...kelas masa sem 1
 


Terima kasih UiTM kerana sudi terima aku lagi sebagai pelajar sarjana dan kenalkan aku pada dunia luar yang lebih mencabar dan real...

psss: Tak Kenal Maka Tak Cinta...^_^