Isnin, 27 Oktober 2014

baby sitter!!!!

Assalamualaikum & hai2

Uolsss nk thu x..hri ni tmat la khidmat aku sbgai baby sitter..Jgn trkjut pulok ak jdi baby sitter dh hmpr 50 hri..hehe.. Dgn ni ak lyak dah jdi seorang ibu ( hehe.. Ayat berbunyi gatal disitu)..
Aku jadi baby sitter untk ank lecturr ak.. 5 org tau..
Ayat cam poyo kn .padahal just temankn budak- budak tu jer..nenek dia ada la..
Tpi ak dapat pengalaman jaga budak yang aku tak rasa sangat masa adik adik aku kecik disebabkan sifat pemalas aku ..sory mak ayah..huhu..
Yg penting...Yg penting... tempoh tu ajar aku sesuatu..


Psss: pengalaman & pengajaran untuk aku..^_^

Rabu, 22 Oktober 2014

Dr Hazzirah Izzati Mat Hassim (PhD termuda UTM)

Assalamualaikum & hai2..

hari ni aku nak ceritakan tentang salah seorang hamba Allah yang menjadi idola aku..aku yakin sekarang ni semua orang kenal dia..Dr Hazzirah Izzati Mat Hassim  yang menjadi penerima PhD termuda UTM pada usianya hanya 24 tahun..memang hebat!!!
 
Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.
 
Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.
 
Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.  Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.
Di bawah seliaan Prof. Dr Nor Haniza Sarmin dan Dr Nor Muhainiah Mohd Ali,
 
 Tajuk PHD  Dr Hazzirah Izzati Mat Hassim ialah “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups” serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.
 
Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.
 
beliau juga banyak menerbitkan jurnal-jurnal, bab-bab dalam buku dan menghadiri persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.. tahniah Dr Hazzirah Izzati Mat Hassim..i'am adore u!!!
 
sumber :
 
psss: nak hebat kena rajin..^_^

Isnin, 20 Oktober 2014

Mood Untuk Baca Jurnal..

Assalamualaikum & hai2..

sekarang ni aku sedang dalam proses menambah aku punyer literature review aku punyer tesis master..jadi kemana-mana lap top la dikelik..jurnal-jurnal terpaksa aku jadikan kawan dan lawan..huhu..mood nak membaca ni dia dating tanpa diduga..jadi terpaksa la aku bawak lap top kehulu kehilir..

jika mood nak membaca kat kilang..terpaksa la aku bukak kat kilang..kalau dah takda mood, asyik dok tenung jer jurnal tu..huhu..aku kana bagi semangat kat diri sendiri..chayok2..


bila mood gedik nak membaca kat kilang..habuk kayu pun sanggup aku hadap..haha
 
 
pssss: Mood kita..kita yang ubah..^_^

Khamis, 9 Oktober 2014

Chicken Chop Pantai Timur Homemade

Assalamualaikum & hai..

selepas kenyang makan daging lembu sepanjang raya korban ni. perut ni terasa nak makan daging ayam ala-ala barat..hehe..jadi terfikir la akan chicken chop yang sedaaaap tu!!!!..tapi aku ni bukan jenis mudah suka dengan western food, kalau tak kena dengan tekak ni memang susah nak makan..memilih betul kan,.
jadi kami adik-beradik bergabung tenaga reka chicken chop ala-ala pantai timur..reka sos sendiri..kalau chicken chop orang putih tu ada potato french fries (ubi kentang yang dipotong panjang dan digoreng)..kami punyer ada keropok lekor uolsss..hebat lagi gitu...hoho


berterabur susunan ayam dan keropok lekor..tapi sedappp...
 
 

melayu punyer makanan..cita rasa barat...
 
 
sesiapa yang nak cuba makanan barat tapi nak ala-ala orang melayu..cuba la try buat..mudah, senang, jimat, kenyang...hehe
 
 
psss: tak salah meniru budaya orang, asalkan budaya kita tidak dipinggirkan..^_^

Isnin, 6 Oktober 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum n hai2
Terlambat sudah aku wish ni.

internet kat kampung sedikit lambat..jadi dari aku dok mentension kan diri tunggu loading...aku tunggu jer masa sesuai okey dengan kelajuan internet yang best..
 
Okey..sebelum aku merapu meraban..
Aku harap semua orang happy raya ni..semoga apa jer pengorbanan yang kita buat ada nilai di sisi maha pencipta..yang penting ikhlas kan..
 
Raya haji ni cukup sinonim dengan ibadat korban..kat kampung aku kat kelantan memang meriah sambutan nya..kami buat ketupat daun palas lagi tau..hehe

ketupat daun palas dan ketupat daun pisang..
 
Psss: maafkan salah silap aku yang sengaja atau tak yer..