Sabtu, 28 Februari 2015

SEGMEN BLOGWALKING + FOLLOWERS

Assalamualaikum & hai-hai
 
 
http://jmbelog.blogspot.com/2014/10/segmen-blogwalking-fpllowers.html
 
JOM KITA BER-BLOGWALKING.

SYARATNYA MUDAH SAJA.

FOLLOW BLOG Mil Hashim

~ TAJUK : SEGMEN BLOGWALKING + FOLLOWERS ~

TINGGAL LINK URL ENTRI DI RUANG KOMEN DIA

TARIKH TAMAT : AKAN DIBERITAHU KELAK...

SELAMAT BERSEGMEN...
 
 

Quote of The Day 1.3.2015

Assalamualaikum & hai-hai

tadi aku dok baca buku 'Write Your Thesis' untuk writing master aku, aku bukak la bab writing Literature Review..dalam buku tu aku tertarik dengan satu kata-kata ni..


" If I Have Seen Further, It is By Standing on The Shoulders of Giants"
By : Isaac Newton
 

dia macam nak bagi peringatan untuk kami-kami yang buat tesis ni bahawa setiap research yang kita buat adalah dengan berdasarkan research yang dibuat oleh orang terdahulu. kiranya jika research kita berjaya, jangan lupa kejayaan kita tu disebabkan kita menjadikan penyelidik terdahulu sebagai rujukan..

sebab tu la pentingnya ada Literature Review untuk chapter 2..kalau korang pernah buat projek tahun akhir mesti tahu kan (FYP)..

sebab tu la kalau dah berjaya, pandang kebawah, siapa yang bantu kita untuk berdiri setinggi itu..kita takkan berjaya tanpa support dari orang lain..sebab manusia bukan boleh hidup sorang-sorang..kalau ada yang boleh hidup tanpa bantuan orang cer datang jumpa aku, aku nak jumpa manusia tu, sedangkan jutawan pun berjaya sebab ada perkerja bawahan yang tolong dia..

psss: thank untuk semua orang yang tolong aku selama ini..^_^



Rabu, 25 Februari 2015

Seeweed ( bila diri merasa nak jadi korea)

Assalamualaikum & hai-hai

Cuti CNY hari tu aku berjalan jer korje..pergi kenduri kahwin ler..jumpa kawan-kawan la..macam-macam la..
Dan yang bestnya aku jadikan kedai rakyat 1 malaysia sebagai tempat aku shopping...macam dah takda tempat lain kan..bagus kan aku, memartabatkan kedai 1Malaysia..hoho..

dalam dok pilih barang tu aku terjumpa la satu barang ni..makanan ler..
Aku dengan adik aku si afif mula la rasa nak fefiling korea..so kami sambar la benda alah tu..




Ambik kau..pedas la jugak..memang tak sesuai ngan tekak aku untuk mencekik..dan aku tak faham kenapa bebudak korea suka sangat benda tu..itulah kelebihan ciptaan Allah..lain manusia,lain lidah nya..hebat tak..
Dan yang aku peliknya, si afif tu boleh pulak suka..dia yang habiskan sepeket tu..kau memang boleh jadi orang korea versi gelap sikit..hehe

yang kat atas plastik tu la rupa seeweed...hijau gitu..padan la pedas, baru aku perasan..perisa wasabi oi..patut la menyengat..
 
 
 
psss: poyo nak jadi korea, padahal tekak melayu yer..hehe


Segmen Bloglist MAC - JULY By MiyaAmira

 
 
Assalamualaikum& hai-hai..
 
Blogger Miyaamira ada buat segmen bloglist..kira sape-sape yang bertuah, dia punyer blog boleh la tersenarai dalam bloglist Miyaamira..
 
nak join tak?
kalo nak join, klik banner kat bawah tu yer...
 
 
 

 
Syarat-syaratnya :

1. Follow

-> Blog Dunia Miya Amira
-> Instagram : Miya Amira >kalau ada<
-> Google+ : Miya Amira

2. Buatkan satu entry pasal segmen ni.

3. Copy and paste banner kat atas tu dan pastikan backlink kan balik dengan blog miya.

4. Tinggalkan link blog korang kat bawah kat bahagian comment blog miya yer

 
Seramai 20 orang blogger miya akan masukkan dalam senarai bloglist miya. Kalau ramai yang menyertai miya akan guna Random untuk pilih bloglist tapi lau kurang dari 20 orang semua akan dimasukkan dalam bloglist miya. Pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.


 

Ahad, 15 Februari 2015

Tarikh-Tarikh Penting UPU 2015/2016

Assalamualaikum & hai-hai



Untuk adik-adik yang bakal nak masuk u, politeknik ker, kolej komuniti ker tahun ni, akak kau ni dengan seikhlas hati tolong memberikan tarikh yang perlu korang selalu update, set dalam handfon korang tarikh-tarikh ni yer..PENTING!!!..

jangan ada yang terlepas tarikh dah la..kan ada yang menangis tak berlagu..
Pilih course yang korang minat dan sesuai dengan korang,,jangan main pilih jer,,jangan sebab kawan pilih yang tu, korang pun pilih sama,,kan susah nak survive kat u nanti...





PERKARA


TARIKH-TARIKH


Jualan Unik ID BSN Dibuka


Mulai 19 Januari sehingga 6 April 2015


Sistem Permohonan UPU Dibuka


Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 4.00 petang


Hebahan Keputusan SPM/STPM/STAM 2014


Minggu pertama Mac 2015


Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/2016



Minggu pertama Mei 2015


Pengemaskinian maklumat permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf


1 hingga 6 Mei 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)


Hebahan keputusan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/Metro/Kolej Komuniti dan ILKA menerusi pengambilan UPU bagi tahun 2015



Minggu ke-2 Mei 2015


Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016


Tarikh jangkaan sistem dibuka adalah pada 2 Jun 2015 (tertakluk kepada perubahan)


Pengemaskinian permohonan fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan Matrikulasi/Asasi


3 hingga 9 Jun 2015 (Tarikh sistem dibuka tertakluk kepada perubahan)


Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016


Minggu ke-2 Jun 2015


Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016


15 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)


Pendaftaran Pelajar ke Kolej Komuniti menerusi pengambilan UPU bagi 2015


23 Jun 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)


Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/Metro dan ILKA kecuali CIAST menerusi pengambilan UPU bagi 2015


7 hingga 14 Julai 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)


Hebahan keputusan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016



Minggu ke-2 Ogos 2015


Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016


1 hingga 2 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)


Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/2016


6 hingga 12 September 2015 (Tarikh hebahan adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)


Pendaftaran Pelajar rayuan bagi kemasukan STPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/2016


17 September 2015 (Tarikh pendaftaran adalah jangkaan sahaja, dan tertakluk kepada perubahan)






**** Link untuk Senarai Laman Web Kemasukan Ke IPTA
http://akubudakkayu.blogspot.my/2015/09/laman-web-kemasukan-ke-institut.html
 

pSSS: akak kau mendoakan yang terbaik untuk adik-adik akak ni..^_^


p/S: berbanyak Maaf dipinta jika saya lambat membalas komen Anda & Terima Kasih..^_^


Tarikh UPU seterusnya untuk tahun 2016/2017 dan untuk komen-komen seterusnya sila ke laman post ni >>>>>>>>> http://akubudakkayu.blogspot.my/2016/01/tarikh-tarikh-penting-upu-20162017.html

Sabtu, 14 Februari 2015

Happy Bday : 1st GiveAway WanitaBesiBerbicara

Assalamualaikum & hai-hai

bulan march nanti adalah bulan kelahiran blogger Emma iaitu pemilik blog matalensajemariberceloteh.blogspot.com..

Happy Birhday Emma yang ke 24!!!...umur kita sama la.. ^_^

Emma, Have you ever asked God for giving you one more chance to fulfill your dream?
He's given in to you in the form of a Birthday!
celebrate that day and mark it in the calendar of your life to achieve many more milestones ahead.

Enjoy your lucky day. You're been promoted to one more happy year in your life!
A new day and new commitments.
May you fulfill all of them and achieve success!!

But, remember, you're never too old to learn something stupid..hehehe.
Enjoy another year of learning..

May this year bring you good luck, fortune, success, love and friendship.
Most importantly, may it bring you more closer to what God wants from you...

HAPPY BIRTHDAY!!!!...


kawan-kawan pun boleh wish birthday emma dengan klik kat banner kat bawah ni yer...




 

Jumaat, 13 Februari 2015

Takziah: Perginya Seorang Pejuang Agama

Assalamualaikum & hai-hai

pada malam yang jumaat semalam seorang hamba Allah yang sangat disegani kawan dan lawan telah dijemput oleh penciptanya dan kita, Allah. Perginya tiada galang ganti..
sebak hati ini apabila mendapat berita yang Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menghembuskan nafas terakhir sejam selepas pulang kerumah daripada hospital kerana kanser prostat...

Al-Fatihah kepada arwah..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. semoga jasanya kepada agama, bangsa dan Negara menjadikan dia antara insan terpilih untuk memasuki syurga Allah..

ini ada sedikit bioada arwah yang bukan sahaja hebat dalam bidang agama tetapi mempunyai kelayakan tinggi dalam bidang perundangan.

Nama :

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Tarikh Lahir:

1931

Tempat lahir :

Kampung Pulau Melaka,Kelantan. 

Pengajian :

-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
-Universiti Deoband India
-Universiti Lahore Pakistan
-Universiti Al Azhar 5-Sarjana Muda bahasa Arab 
-Sarjana Perundangan Islam 


Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. 

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. 

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain. 

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab

kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun.

Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962. 


Perkhidmatan :

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang

di sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin.

Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun. 

 Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu. 

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa).

Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

  Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa. 

 Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990.  


Buku :

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah. 

Pendakwah :

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah.

Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah. 

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung. Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’. 


Penghargaan :

Beliau mendapat penghargaan:Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.

Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995. 

Perkahwinan :

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki. Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila. 


Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama. Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.


kredit: sumber dari whatsupp..



damai lah disana wahai si pejuang agama..insyaAllah semoga kita semua dapat berjumpa di syurga Allah..


p/s: ketepikan hal politik, kenanglah jasanya sebagai pejuang agama Allah..bukan air mata yang dipinta, hanya Al-Fatihah untuk mengiringi perjalanannya berjumpa Allah..