Jumaat, 24 April 2015

Buku : Aku Ada Wali

Assalamualaikum & Hai..

dah lama tak membebel dalam blog ni sebab sedikit sibuk dengan preparation pertandingan inovasi yang akan berlangsung hujung bulan ni..dan aku antara peserta yang mewakili UiTM Pahang..berkaitan pertandingan tu kita cerita lain kali sebab pertandingan tu pun tak mula lagi..
sekarang ni aku nak cerita yang aku dah jatuh cinta sesangat..
pasal jatuh cinta pun nak bising kat blog, poyo kan perempuan ni..macam dia sorang jer jatuh cinta..
 
sebelum mengutuk hamba yang hina ini, ingin aku terangkan bahawa aku tak jatuh cinta kat that-that boyz tu..aku jatuh cinta ngan satu buku ni!!.. buku berkaitan CINTA!!!
 
Novel Cinta la tu!!!
 
hei you!!..memang novel cinta pun..haha
tapi Islamic vesion okey...

buku ni la yang buat aku jatuh cinta..penulis dia Ustazah Fatimah Syarha n her husband membuatkan aku tidak kayal dengan cerita cinta dongeng tapi penuh dengan ilmu..novel ni setahu aku adalah dari drama kat tv Al-Hijrah tu..drama tu diadaptasikan menjadi novel berilmu ni..
 
dalam novel ni kita belajar macam mana nak tolak cinta tanpa membuatkan lelaki tu berdendam dengan kita..
macam mana nak elakkan diri kita dari maksiat ringan..
macam mana nak nilai perangai lelaki..
macam mana nak kenal seseorang tanpa perlu bercinta..
macam mana masalah rumah tangga diselesaikan tanpa menyakitkan hati pasangan...
berapa banyak macam mana la....
 
kira buku ni sangat best!!!..tak rugi adik aku beli..hehe..thanks adikku sayang..
dan untuk berkongsi rasa bestnya buku ni, aku bagi kawan-kawan aku pinjam..sebab aku nak orang sekeliling aku dapat rasa bahagia tu..bahagia apa?..nak tahu sila baca buku tu..hehe
 
cinta tu hadir dalam macam,-macam bentuk..dalam bentuk tiket ke syurga atau ke neraka (nauzubillah)..ustazah ada bagitahu..kata-kata manis seorang lelaki tiada keuntungan pada seorang wanita selagi tiada islam pada pegangannya..
thanks untuk kata-kata tu..hadir pada tepat masanya..hehe
 
psss: tetiba feeling cinta islamik pulak aku ni..^_^
 
 

 

Selasa, 14 April 2015

Gotong Royong di Kem Solar, UiTM Pahang..

Assalamualaikum & Hai

hari ni aku join gotong royong..gotong royong ni melibatkan pelajar dan staf di bawah industry perkayuan.gotong royong ni kat 3 bengkel kayu, Kem Sri Gading dan Kem Solar..

aku ni pun tunjukkan la kerajinan aku yang tak seberapa ni..kira aku join la jugak kan..padahal nak selamatkan material aku dari kena buang..haha

aku just join bersih membersih kat bengkel..nak turut serta yang kat kem tu tapi rasa macam kerja bersih membersihkan bengkel ni pun dah banyak..huhu



ni la Kem Solar kebanggaan pelajar di bawah industry perkayuan UiTM Pahang..yang warna biru tu toilet yer..
 

 sesi bersih membersih..bersih molek dah la kem solar lepas ni..banyak kenangan kat sini..sini la tempat kena buli dengan senior..hehe..tempat memalukan pun terselit disini..

 
bersih dik jangan tak bersih..tempat yang meningalkan memori untuk akak tu..akak kau ni pernah tidor dalam kem ni tau..
 
En Amran pun turun padang...
 

 sempat lagi adik-adik junior aku ni posing..
 

 semangat kau, sampai panjat memanjat..jangan ada kes cedera jatuh bagai dah la

aku tabik sama Pok Yie (Staf bengkel), turun gak..memang the best la pok yie!!!
 
 
 
pss: credit kepada Cik Syikin (Lecturer perkayuan) dan adik junior comel untuk gambar ni..


Ahad, 12 April 2015

Biodiversity Ride For Khazanah Alam MTB Jamboree 2015

Assalamualaikum & Hai-hai

kali ni aku nak promote program yang akan berlangsung kat UiTM Pahang pada 10 mei 2015 nanti..sesapa yang minat berbasikal mesti nak jadikan program dalam list korang kan..



untuk kali ni program ni berlangsung kat UiTM (Pahang) sendiri..kira boleh la kenal-kenal jengka kan..


Tempat : UiTM Pahang (Jengka)
Tarikh : 10 Mei 2015
Flag Off : 08.00 pagi
Jarak : 45 KM ++ 
Laluan : UiTM dan sekitar Jengka


 
 
Bayaran : RM 60.00 ( T-shirt + Makan + Medal + Plate No )


kalau nak tahu lebih lanjut sila la ke blog rasmi program ni : http://uitmtbikers.blogspot.com/



psss: Jumpa kat UiTM Jengka, Pahang.....^_^


 

Khamis, 9 April 2015

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

Assalamualaikum & Hai-hai

ni ada blogwalking baru!!!,,sambil blogwalking sambil dapat hadiah tau..Magic Instant Shawl hadiahnya..

sape nak join klik banner kat bawah tu yer


Segmen blogwalking
 
Tamat : 15 Mei 2015
 
 
Pss: Jom tambah kenalan...^_^

Selasa, 7 April 2015

Kakak Nak Yang Biasa Jer..

Assalamualaikum & Hai-hai

Hari tu (entah hari apa) ada g jalan-jalan kedai jual barang-barang keperluan peribadi..dalam dok pilih barang yang berkenan di hati terdengar perbulan seorang ibu dan anak (bukan curi dengar yer, aku terdengar sebab dekat sangat jarak kami)..
Kisah anak yang aku adore (aku pun nak anak cam tu la jugak)..hehe
Mereka dok pilih syampu..tengok pada gaya macam keluar outing asrama rasanya..

Ibu : kakak nak syampu mana?

Anak: kakak tak kisah,

Ibu: kakak pilih la, kan ibu pilih kakak tak berkenan

Lalu sianak tanpa bantahan memilih syampu tersebut dan mengambil jenama yang berkenan di hati..

Ibu: kakak nak syampu ni ker?

Gaya ibu macam tak berpuas hati dengan pilihan si anak

Kakak: kakak tengok yang ni jer murah ibu
Lembut si anak membalas.

Ibu: murah la tak elok, nanti rosak rambut kakak..jenama ni pun orang dah jarang pakai..

Si ibu mengambil syampu dari Tangan si anak dan meletakan semula di rak sebelum mengambil syampu yang kelihatan lebih class..si anak sekadar memerhati tingkah si ibu..

Ibu: yang ni la sesuai untuk kakak..ada ker syampu jenama ++++ yang dah jarang orang guna kakak pilih..

Anak: kakak tak kisah jenama apa pun asalkan ibu halalkan..

Ibu: ibu halalkan la..pasal syampu jer pun..

Anak: kakak takut nanti suatu saat kakak pergi dulu atau kakak lupakan ibu..masa tu kakak tak dapat balas jasa ibu..susah-susah ibu beli benda mahal untuk kakak tapi kakak tak bahagiakan ibu..

Ibu: ibu redhakan segalanya..jom kita bayar..

Ibu menarik tangan si anak ke kaunter..aku boleh nampak si ibu macam akward dan matanya seperti berair..

Aku yang di celah rak tu pun macam terkedu bila dengar budak sekolah menengah cakap macam tu pada ibu dia..


Dik..u got my respect.. Si ibu, how great u r to teach a beauty little lady like that

Apa jadi ngan aku lepas tu?
Terus aku tak jadi beli barang kat situ ssbab dok pikir kata-kata budak tu..
Pernah tak kita pikir macam tu????...


Sabtu, 4 April 2015

Segmen : Kata-kata Semangat Dari Awak

Assalamualaikum & hai-hai..


ni ada kawan blogger kita perlukan kata-kata semangat..kawan di alam maya pun boleh membantu tau..korang klik banner kat bawah tu yer..

saya taq : +Cik Candy +Siti Yang Menaip +Jari Manis +mama 3farhanah +Rafzan Tomomi


Tarikh Tamat : 27 April 2015



untuk si adik blogger ni first akak ucapkan selamat maju jaya dalam segala hal yang dilakukan..awak masih muda, teruskan perjalanan ini dengan gembira, kalau kat tengah-tengah jalan tu ada batu yang menghalang awak hingga awak terjatuh, bangkit dan bangun dengan semangat sendiri kerana manusia lain lambat untuk menyedari kita jatuh dan hulurkan pertolongan, kita sendiri yang perlu tolong diri kita..

semakin lama kita hidup, semakin mencabar tau..macam main game la, makin lama makin susah level dia, mana ada level tinggi senang kan..^_^..kalau nak Berjaya kena usaha, orang berusaha pasti Berjaya, dan kalau bernasib baik dapat bones lagi tau..kalau malas berusaha,,nah!!..GAME OVER..

dan yang paling penting..ALLAH adalah sumber kekuatan kita..bagi la sejuta pun nasihat dan bantuan dari makhluknya, tidak akan sama dengan bantuan dari Allah..kalau dan rasa letih dengan dugaan dan cabaran dunia belajar dan hidup..cuba tenangkan diri..serahkan diri pada Allah..awak akan rasa tenang dan damai walaupun seribu masalah awak ada..

InsyaAllah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..mungkin kita rasa kecewa apabila Allah tidak tunaikan apa yang kita mahu, tapi percayalah Allah tahu apa yang sesuai untuk kita..contoh kita mintak nak Univ A, tapi dapat Univ B..kita kecewa..tapi sebenarnya ada hikmah dari itu..mungkin jika kita pergi juga ke Univ A, kita tidak akan Berjaya seperti mana kita di Univ B..

jika kita mintak pada Allah, Allah akan beri yang terbaik untuk kita sebab dia sayang hamba dia..^_^