Isnin, 29 Jun 2015

iftar geng postgraduate UiTM Pahang

Assalamualaikum & hai-hai

Setelah merancang maka terjadilah majlis berbuka puasa geng budak-budak master + phd yang menumpang kat uitm jengka pahang..
Tapi yang join tak sampai separuh, kite teruskan jer la dengan yang ada, maybe yang lain ada komitmen..setelah berfikir berbincang bagai restoren ikan patin tepi sungai temerloh menjadi pilihan kami..

Kakak-kakak senior dah reserved meja, kami sampai-sampai dalam 10 minit berbuka..lambat sangat bertolak dari jengka..



Dapat la juga merasa patin tempoyak yang famous kat pahang ni..harga dia boleh tahan la dan kedai dia full house kot untuk bukak puasa tu..
Patut la Restoren Gobeng Ikan Patin Sungai Temerloh dikalangan warga pahang..

Jenuh jugak la aku nak menghabiskan nasi ni..aku terpikir juga..macam mana budak laki boleh habiskan dengan cepat..bela jin aper..


Nak merasa ikan patin best dari temerloh sila la datang ke kedai ni..
Memang popular babe!!

Muka kekenyangan dapat ikan patin semangkuk sorang..



Rabu, 24 Jun 2015

Cara Menganalisis Data Menggunakan SPSS ( Experimental Design 3 X 3 )

Assalamualaikum & Hai-hai

Selamat berpuasa semua!!..dalam dok kite berpuasa ni, adik-adik junior aku sedang bertungkus lumus menyiapkan FYP aka projek tahun akhir diorang. ada juga yang datang jumpa akak senior nak tanya cara nak menganalisis data.

dengan rasa kesian, kakak senior ni nak buat step-step nak analisis data menggunakan spss. jenis analisis bergantung kepada experimental design kajian korang. kali ni aku nak cuba tunjukkan step-step yang experimental design jenis 3 X 3.



di atas tu aku tunjukkan contoh experimental design 3 x 3..apa tu 3 x 3?.. untuk sesapa yang dah terbiasa dengan analisis data ni, mesti dah faham, so jika aku salah sila perbetulkan dengan komen post ni yer... untuk newbie, sila fahami yer.. 3 x 3 bermaksud, tiga variable (pembolehubah) utama, dah setiap pembolehubah utama terdapat tiga pembolehubah. understood?


sebelum nak buat analisis mengunakan SPSS korang kena susun data dalam Microsoft  Excel dulu..
susun dia seperti gambar kat bawah ni.


 susun cantik-cantik yer... Density dan Resin Content tu contoh variable. MOR, MOE, IB, TS dan WA adalah contoh testing yang dibuat..



 dah settle Excel, kita bukalah IBM SPSS kita tu yer.. pangkah la kotak kecik kat depan tu..



 korang klik kat variable view yang kat bahagian bawah tu. lepas tu masukkan variables dan nama testing korang dalam kotak Name. Kotak nama hanya boleh masukkan satu patah perkataan sahaja, jadi pandai-pandai la korang ringkaskan nama variables dan testing tu. macam aku, aku ubah resin content jadi RC. jangan lupa betulkan decimals tu yer..


ext, klik kat Data View kat bawah tu..automatic, apa yang korang setup kat Variable View akan muncul menjadi tajuk column untuk Data View. klik balik korang punyer Microsoft Excel, copy semua data korang yang cantik tadi, and paste kat Data View Spss. jika berjaya, anda punyer SPSS akan menyerupai contoh di atas.


next, klik kat analyze, pilih General Linear Model and klik kat Multivariate.


bila dah klik tu keluar la seperti gambar diatas. klik Density dan RC dan klik arrow yang menunjukkan kearah Fixed Factors. untuk jenis-jenis testing klik arrow ke arah Dependent Variables. lepas tu klik tanda Post Hoc..



Post Hoc tu akan membawa anda kesini. pindahkan density dan RC dari Factor (s) ke Post Hoc Tests for. klik Duncan. bila dah settle, klik Continue.


anda akan dibawa kesini semula selepas post hoc. lastly tekan OK!!!



tadaaa...
 ni la hasil analisis anda menggunakan GLM.
settle dan tiba la masa untuk anda buat Discussion untuk Result anda. 





psss: Good Luck!!!.. ^_^
sengaja buat post ni sebab faham perasaan bila pening nak analisis data.

Khamis, 18 Jun 2015

Cara Menganalisis Data Menggunakan SPSS (One Way-ANOVA )

Assalamualaikum & Hai-hai

Selamat berpuasa semua!!..dalam dok kite berpuasa ni, adik-adik junior aku sedang bertungkus lumus menyiapkan FYP aka projek tahun akhir diorang. ada juga yang datang jumpa akak senior nak tanya cara nak menganalisis data.

dengan rasa kesian, kakak senior ni nak buat step-step nak analisis data menggunakan spss. jenis analisis bergantung kepada experimental design kajian korang. kali ni aku nak cuba tunjukkan cara menganalisis data menggunakan One Way-ANOVA. One Way-ANOVA test digunakan apabila 3 jenis variable bagi satu variable dan juga apabila experimental design korang jenis 2 X 3 seperti post sebelum ini :  Experimental Design 2 X 3


sebelum tu kena susun data cantik-cantik dalam Microsoft Excel dan SPSS seperti post sebelum ini Cara Menganalisis Data Menggunakan SPSS ( Experimental Design 2 X 3 )


dah faham step sebelum ini?.dah faham kita ke step seterusnya.

 
klik kat Analyze, pilih Compore Means and klik One Way-ANOVA





 
bila dah klik tu keluar la seperti gambar diatas. klik Resin Content dan klik arrow yang menunjukkan kearah Factor. masukkan jenis testing anda kedalam kotak Dependent List. tinggalkan jer Density tu sebab dia tu sejenis Variable, bukannya sejenis testing. dan dia akan di analisis menggunakan analis SPSS jenis lain analisis resin..klik Post Hoc.





Post Hoc tu akan membawa anda kesini. klik Duncan. bila dah settle, klik Continue.  





anda akan dibawa kesini semula selepas post hoc. lastly tekan OK!!!





tadaaa..result dah keluar seperti di bawah...

 
 seperti ini la result anda..
settle dan tiba la masa untuk anda buat Discussion untuk Result anda. 






psss: Good Luck!!!.. ^_^
sengaja buat post ni sebab faham perasaan bila pening nak analisis data.



Cara Menganalisis Data Menggunakan SPSS ( Independent-Samples T test )

Assalamualaikum & Hai-hai

Selamat berpuasa semua!!..dalam dok kite berpuasa ni, adik-adik junior aku sedang bertungkus lumus menyiapkan FYP aka projek tahun akhir diorang. ada juga yang datang jumpa akak senior nak tanya cara nak menganalisis data.

dengan rasa kesian, kakak senior ni nak buat step-step nak analisis data menggunakan spss. jenis analisis bergantung kepada experimental design kajian korang. kali ni aku nak cuba tunjukkan cara menganalisis data menggunakan Independent-Samples T test. Independent-Samples T test digunakan apabila jenis variable korang ada dua sahaja dan juga apabila experimental design korang jenis 2 X 3 seperti post sebelum ini :  Experimental Design 2 X 3


sebelum tu kena susun data cantik-cantik dalam Microsoft Excel dan SPSS seperti post sebelum ini Cara Menganalisis Data Menggunakan SPSS ( Experimental Design 2 X 3 )


dah faham step sebelum ini?.dah faham kita ke step seterusnya.


 
klik kat Analyze, pilih Compore Means and klik Independent Sample T-test




 
bila dah klik tu keluar la seperti gambar diatas. klik Density dan klik arrow yang menunjukkan kearah Grouping Variables. klik butang yang bertanda define groups kat bawah, dah settle tu akan keluar kotak Define Group dan  masukkan jenis density dalam setiap group tu. klik butang Continue. 




dah settle yang density, masukkan jenis testing anda kedalam kotak Test Variable (s). tinggalkan jer Resin tu sebab dia tu sejenis Variable, bukannya sejenis testing. dan dia akan di analisis menggunakan analisis SPSS jenis lain..One-Way ANOVA... klik butang OK. 



dan tadaaaa.........

 
seperti ini yang akan keluar apabila dah settle  Cara Menganalisis Data Menggunakan SPSS ( Independent-Samples T test )..ini la result anda..settle dan tiba la masa untuk anda buat Discussion untuk Result anda.



psss: Good Luck!!!.. ^_^
sengaja buat post ni sebab faham perasaan bila pening nak analisis data.



Cara Menganalisis Data Menggunakan SPSS ( Experimental Design 2 X 3 )

Assalamualaikum & Hai-hai

Selamat berpuasa semua!!..dalam dok kite berpuasa ni, adik-adik junior aku sedang bertungkus lumus menyiapkan FYP aka projek tahun akhir diorang. ada juga yang datang jumpa akak senior nak tanya cara nak menganalisis data.

dengan rasa kesian, kakak senior ni nak buat step-step nak analisis data menggunakan spss. jenis analisis bergantung kepada experimental design kajian korang. kali ni aku nak cuba tunjukkan step-step yang experimental design jenis 2 X 3.


di atas tu aku tunjukkan contoh experimental design 2 x 3..apa tu 2 x 3?.. untuk sesapa yang dah terbiasa dengan analisi data ni, mesti dah faham, so jika aku salah sila perbetulkan dengan komen post ni yer... untuk newbie, sila fahami yer.. 2 x 3 bermaksud, dua variable (pembolehubah) utama, dah setiap pembolehubah utama terdapat tiga pembolehubah. understood?



sebelum nak buat analisis mengunakan SPSS korang kena susun data dalam Microsoft  Excel dulu..
susun dia seperti gambar kat bawah ni.


 
susun cantik-cantik yer..nanti kan bila dah analisis jangan terkejut kalau analisis anda tak menjadi disebabkan susunan Microsoft excel yang tak teratur.. Density dan Resin Content tu contoh variable. MOR, MOE, IB, TS dan WA adalah contoh testing yang dibuat..




 
dah settle Excel, kita bukalah IBM SPSS kita tu yer.. pangkah la kotak kecik kat depan tu..




 
korang klik kat variable view yang kat bahagian bawah tu. lepas tu masukkan variables dan nama testing korang dalam kotak Name. Kotak nama hanya boleh masukkan satu patah perkataan sahaja, jadi pandai-pandai la korang ringkaskan nama variables dan testing tu. macam aku, aku ubah resin content jadi RC. jangan lupa betulkan decimals tu yer.. 





next, klik kat Data View kat bawah tu..automatic, apa yang korang setup kat Variable View akan muncul menjadi tajuk column untuk Data View. klik balik korang punyer Microsoft Excel, copy semua data korang yang cantik tadi, and paste kat Data View Spss. jika berjaya, anda punyer SPSS akan menyerupai contoh di atas. 




untuk experimental design 2 X 3, anda perlu menganalisis data menggunakan dua jenis analisis.
untuk yang dua variables (seperti contoh aku adalah Density) korang kena guna Independent-Samples T test...
untuk yang ada tiga variables (seperti contoh aku adalah Resin Content [RC]) korang kena guna One-Way ANOVA.

untuk step seterusnya iaitu cara menggunakan Independent-Samples T test dan One-Way ANOVA, aku pisahkan kerana stepnya berlainan..klik link kat bawah :









**POST BERKAITAN :
Cara Menganalisis Data Menggunakan SPSS ( Experimental Design 3 X 3 ) / GLM






Isnin, 15 Jun 2015

Rezeki Giveaway

Assalamualaikum & Hai-hai

hehe (tetiba jer gelak)..post kali ni aku nak gebang yang aku berjaya dapat tiga hadiah dari giveaway..thankss blogger-blogger yang sudi pilih aku ni sebagai korang punyer pemenang..
THANKSSS.....

Giveaway pertama yang sudi bagi aku hadiah : Giveaway 2015 Jubah, Dress, leggings oleh Norzi Beautilicious House


comel sangat dress yang uolss bagi kat aku ni..nanti raya aku pakai yer..
sesapa yang nak jubah dan dress cantik untuk raya?..jom ke butik online ni..cantik sangat baju-baju kat butik ni...aku berkenan dengan jubah dia pulak..hehe


Giveaway kedua yang sudi bagi hadiah dalam bentuk pakaian untuk aku ( aku suka!!!).. : FIRST GIVEAWAY DARI BLOG "ALL ABOUT ME & MY LIFE"

comel sangat baju dia..and sedang elok kat badan aku..comel pulak aku pakai ngan jeans, nak pi library..sopan gitu..hehe..thanks untuk baju comel ni..
thanks akak Zarina
untuk sesiapa yang nak baju muslimah dan baju untuk raya boleh ke online shop fb ni, baju dia sesuai untuk kite-kite yang muda ni..hikhik..buktinya tengok la baju aku kat atas tu..


Giveway ni pulak aku baru dapat hadiah minggu lepas.. dari giveaway GMBM 1st GIVEAWAY 2015.

thanks Belog Projek GMBM.. thanks akak Suhailah Hamid untuk hadiah ni..yang pasti zikir metik tu adik aku nak..pin tudung comel tu aku nak!!..sampul duit dari shaklee boleh la bagi kat mak untuk isi duit raya nanti (lepas tu bagi kat aku.. :P)..
sesapa yang nak order Shaklee boleh order ngan akak Suhailah tu yer..


p/s : semangat nak join giveaway lain..^_^


Selasa, 9 Jun 2015

Peringatan Sebelum Ujian Diberikan..

 Assalamualaikum & Hai-hai

Dua minggu lepas ada pergi jumpa advisor, Dr Wan (Prof Madya), seperti biasa bincang pasal perkembangan writting aku. Sambil-sambil berbincang, Dr suka keluarkan ayat nasihat dia, macam tazkirah pun ada..hehe

Dia cakap sekarang ni kami yang tengan writting berada dalam tempoh kritikal. memang writting bunyi macam mudah, lagi mudah dari masuk bengkel dan makmal masa nak siapkan projek dulu..
tapi sebenarnya lagi mencabar. Masa ni minda kita macam malas sebab sudah berada di stage akhir, semangat sedikit kurang. dan masa tu usaha kita tidak sekuat seperti masa proses siapkan projek dulu..
dalam hati aku cakap, Dr macam faham jer..lepas tu dia macam boleh dengar apa yang hati aku cakap, dia cakap dia faham sebab dia sendiri pernah alami saat tu..(scary betul Dr ni..hehe)..

Dr cakap antara ujian yang akan kita hadapi adalah dari orang sekeliling kita. orang sekeliling kita banyak bagi effect pada kita. antaranya kata-kata mereka, bila kita rajin mereka akan cakap kita terlampau rajin sampai takda masa untuk enjoy..ujian lain adalah dari family kita sendiri. mungkin bila kita sakit, kita masih mampu untuk hadapinya. macam mana kita nak hadapi jika ahli keluarga kita yang sakit?..kesannya mungkin sangat besar pada kita. Dengan cuti yang terpaksa diambil, dengan fikiran yang asyik memikirkan mereka, dengan semangat yang akan merundum bila orang yang selalu bagi kita semangat terlantar sakit..
cuba manage diri menghadapi situasi tersebut, supaya semangat tidak luntur, keadaan boleh dikawal..
Terima Kasih Dr..

senyap sekejap aku dengan tazkirah Dr tu..dalam hati mintak dijauhkan..
tapi tu semua kerja Allah..dia tahu apa yang terbaik untuk kita..Allah tahu ujian apa yang kita mampu bawa..

selepas 2 minggu aku dapat berita yang adik mengalami kecederaan dan pak cik dikesan menghidap kanser, kawan kehulu-kehilir aku pulak ayahnya terpaksa di masukkan kedalam wad hospital kerana masalah slip dish tulang belakang,  kawan semaster aku pulak ayahnya juga dimasukkan ke hospital, dan senior ku, adiknya terlibat dalam kemalangan.

termenung juga aku sebelum menulis post ni, rasa baru 2 minggu lepas Dr ada bagi nasihat, dan sekarang ujian tu tiba. Allah dah bagi peringatan supaya kami bersedia, sungguh Allah sayang kami, peringatan diberi sebelum ujian itu sampai..
Allah tahu kami mampu menghadapinya,
In Syaa Allah, kami akan kuatkan semangat, cekalkan hati..
sematkan dalam hati yang ujian itu diberi supaya kami tak lupa pada Dia dan supaya kami lebih berhati-hati..