Sabtu, 24 Oktober 2015

Jalan-Jalan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia

Assalamualaikum & Hai-hai

mesti tak caya kan bila baca Tajuk kat atas..aku ke muzium?..walaweh..aku pun ada jiwa historical okey.. :P

terus terang sebenarnya aku ikut rombongan student Degree Sains Fizik ke Planaterium Negara..diorang ada talk berkaitan photonic..korang mesti tak tahu kan?..kan?..
(cis, padahal aku pun baru tahu..)
dengan rasa tinggi diri aku nak bagitahu photonic adalah nama lain bagi cahaya..orang Fizik panggil photonic..
yang bagi talk tu aku memang bangga sebab orang Melayu, pakar fizik dan penerima ke empat untuk 'Profesor Ulung Negara' ..beliau adalah  Professor Dr. Harith Ahmad..
prof, walaupun saya bukan peminat fizik cahaya, tapi saya sangat terinspirasi dengan nasihat prof, bila prof cakap setiap orang adalah genius dalam bidang mereka sendiri..bukan Doktor atau Engineer sahaja..

hanya satu gambar ni jer aku dapat tangkap masa dalam dewan teater Planaterium..tu pun sebelum majlis..
 
 
sebelum ke planaterium Negara, pagi tu kami berjalan la sekejap ke Muzium Kesenian Islam..kat situ kebanyakkan orang asing, orang Malaysia maybe dah selalu pergi kot (bersangka-baik yer)..mula-mula aku cam tak berminat, lepas 10 minit, memang interesting..jom check apa yang menarik perhatian aku yang sememangnya bukan orang yang berminat dengan sejarah..
 
hehe..baju yang mannequin tu pakai memang menarik perhatian aku, lama jugak la aku dok tenung baju tu dan baca sejarah baju tu..Queen kot pakai baju tu, patut la tengok cam mewah jer.. 

kawan aku tu main tunjuk-tunjuk beg cam shopping gayanya..beg orang dolu-dolu pun dia berminat..nasib baik dalam cermin, kalau tak mahunya dia try letak kat bahu tu..hehe
 

dapat kerusi ni kat rumah memang terus akan dapat spirit jadi raja kan..

bahagian yang kebanyakkan akan disukai wanita..barang kemas!!..semua pakat nak posing kat sini kan..kalau dah perempuan tak sah kalau mata tak bersinar tengok benda tu
 

tadaa..the best replica for me..i want go there!!..maybe after 10 year?..insyaAllah sekarang aku tengok replica, mana tahu suatu hari nanti Allah murah kan rezeki untuk aku kesana..so, one of my check list kenapa aku perlu belajar setinggi yang boleh dan akan kerja sesungguh  yang mampu..

tak puas sekadar ambik gambar replica, aku nak posing gak..dan insyaAllah aku akan sampai kesana..ONE DAY!!!
 
 
psstt;
Everybody is a genius, but if u judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid..
- Elbert Estein-

 

Ahad, 11 Oktober 2015

Trip Ke Lab Asia Exhibition 2015

Assalamualaikum & Hai-hai

minggu ni banyak aku gunakan masa untuk berjalan aja..dalam masa satu minggu dua kali aku ulang alik ke KL..hari rabu hari tu ada trip bersama pelajar ijazah furniture technology ke Lab Asia Exhibition 2015 di PWTC..tahun ni malaysia menjadi tuan rumah pameran alat-alat makmal dari seluruh dunia..kami yang terlibat dengan makmal ni berpeluang la melihat alatan makmal yang cangih-cangih, sampai aku berangan nak ada alat tu kat makmal yang selalu aku guna tu..

 
alat ni memang dah biasa ada kat makmal testing kat kampus cuma berlainan jenama jer..tapi booth alat ni jugak la lama aku stay, mungkin soul aku dah rasa terbiasa kot dengan alat ni..hehe..dah sejiwa katakan
 
 

alat ni aku dok tenung jer..kalau ada alat ni kat makmal memang aku mudah la kerja aku..tak payah dah manual masukkan chemical..just set up conical flusk dan masukkan chemical lepas tu run..senang babe..handle dangerous chemical pun tak pe cam ni..
 

alat ni ada kat kampus aku, tapi kat makmal lain la sebab tu aku berminat..kalau buat chemical analysis tak payah dah aku dok kacau jer chemical tu, biar mesin yang buat..
 

comel jer aku tengok alat pemanas ni dengan shaker tu..boleh aku bersoal jawab dengan mamat penjaga booth tu, padahal berminat dengan alat dia..hehe 
 

microscope yang ni memang heaven betul la dapat..aku dok bayangkan aku guna microscope ngan software ni masa buat fiber morphology..fuhh!!..memang dah takda la kebengangan bila dah dapat alat ni..UiTM!!..aku nak alat ni..huhu..thanks kat akak-akat jepun tu sebab sudi melayan aku yang sangat berminat dengan alat ni
 

madam-madam ni berminat dengan texture benda di atas tu..texture dia cam gabus..boleh buat beg..kalau dijadikan alas lantai, gelas jatuh pun tak pecah..tak caya?..dia siap buat experiment depan kami lagi tau.. 
 
 
sebelum balik..kita bergambar dulu..cam segerombolan tetamu terhormat lagi rasa sebab dapat layanan best dari organizer..maybe sebab Prof Madya Dr. Yuziah (Lecturer kami) adalah Ajk program ni..

thanks organizer Lab Asia sebab sediakan makan tengah hari untuk kami..takder la melayan duit aku rm16 sebab nak dapatkan nasi ayam dari PWTC ni..kenyang dan sedap..
 
 
semoga program ni ada manfaat untuk sesapa yang join..boleh difikirkan untuk menambah alatan makmal yang super canggih di masa depan..mana la tahu kan..aku nak sambung PhD pun senang..nak sambung ker?????...