Isnin, 19 Februari 2018

Do The Come Back!!!

Assalamualaikum & Hai,,

Weh..dah setahun tak tulis satu habuk pun..
nanti kite start balik la untuk 2018..
the status tengah loading..nanti kite pos..


Ahad, 27 November 2016

Resepi Laksam Homemade

Assalamualaikum & Hai-hai

urrmm..tetiba kebelakangan ini diri ini..rasa nak jadi perempuan (macam la sebelum ni lelaki kan), rasa nak post resepi makanan-makanan..
untuk hari ni aku nak share resepi buat laksam, LAKSAM okey, not laksa, jangan tertukar pulok..
biasa beli kan, ni buat sendiri jer tau..jimat dan bersih gitu..

pertama kita buat dulu LAKSAM..

Bahan-Bahan :
- 2 cawan tepung beras
- 1 sudu tepung jagung
- 3 cawan air

Cara-Caranya :
1. Bancuh semua bahan di atas sampai sebati, sambil-sambil tu boleh la panaskan air di dalam pengukus

2. sapu tudung periuk dengan sedikit minyak supaya adunan tidak melekat. untuk ni lantak korang la nak guna apa pun yang penting leber, nak guna dulang pun boleh kot..kalau ada harta tu boleh la beli bekas dia.


3. apabila air sudah mendidih, letakkan tudung periuk tadi dia bahagian atas pengukus, sudipkan satu sudip bancuhan tadi ke atas tudung periuk, jangan terlampau banyak, and jangan kedekut sangat. kalau banyak kan tebal susah nak gulung, nipis kan terkoyak rabak. lepas tu tutup la pengukus tu. 


4. bila wap pada pengukus dah naik, tandanya dah masak ler..boleh ler di keluarkan dan digulung nya cantik-cantik, kalau sayang tangan gulung pakai belakang sudu tu.


 5. nah, dah siap gulung, tak cantik tapi confirm sedap..
 

seterusnya kita buat KUAH dia..

Bahan-Bahan :
- santan dari satu biji kelapa
- 6 ekor ikan rebus yang di buang tulang
- 7 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 10 biji lada hitam di tumbuk
- seinci halia

Cara-Caranya :
1. blender semua bahan di atas 

2. masukan semua bahan ke dalam periuk dan On kan api dapur tu.

3. selepas tu masukkan garam, gula dan asam keping

4. masakkan hingga mendidih

5. tadaa..siap sudah kuah kita



 dah siap tu boleh la dimakan Laksam bersama kuah dan ulam-ulaman , sambal lada kering dan belacan..perhhh dap ehhh...




Isnin, 3 Oktober 2016

Jus Roselle

Assalamualaikum & Hai-hai

weh,,dah lama aku tak update blog, busy sesangat.. T_T....
untuk hari ni aku nak cerita (cam tak sesuai guna jer guna istilah cerita) cara buat jus roselle..sebelum tu nak tanya ni korang ni kenal tak buah roselle tu aper????

untuk yang tak tahu, aku tunjuk gambar yer..nak lagi banyak gambar google la sendiri..

credit to The Earth of India

dari buah tu korang boleh buat jus atau jem tau, BUAH okey bukan bunga yer..
ni nak tunjuk step2 nak buat,,first and important kena la ada bahan:-

- Buah roselle ( Bergantung kepada saiz dan jumlah yang korang nak)
- Gula
-Air

cara-caranya adalah ;-

Dalam gambar tu ada benda bulat warna putih kuning hijau kan..okey, kalau korang ada buah fresh dari ladang korang kena pisahkan kelopak buah dari bijinya. Jangan direbus pulok..kalau korang beli yang kering biasanya biji tu dah takda, tinggal kelopok kering jer..


ini lah rupa kelopak yang dipisahkan dari bijinya..macam kelopak bunga ros..nak bagitau ni yang kelopak ni korang boleh makan terus..cer try apa rasanya..:P

 Masukkan air mentah/air paip ke dalam periuk periuk..bergantung kepada selera masing2..kalau nak cair masukkan air banyak2..kalau nak buat jadi cordial, masukkan air sikit jer, nak minum baru bancuh..jangan lupa tambah gula kalau malas nak bancuh nanti


masak la air bersama kelopak roselle dan gula sehingga gula hancur dan kelopak roselle tu luntur warnanya..bila dah siap tutup api..sejukkan..boleh la masuk botol untuk di simpan atau nak kalau nak minum terus masukkan ais..tadaaa...senang, sihat dan rasa macam kreatif sebab buat air tanpa perisa dan perasa,,hahaha

 

Sabtu, 18 Jun 2016

Trendy Watches for Classy Guys


Assalamualaikum & Hai-hai



Uolss..hari ni iolss nak bercerita berkaitan fesyen yer..lain dari lain sikit post kali ini yer, more to men2 and boboy yer..hikhik..korang ingat perempuan je ker minat fesyen, laki-laki pun kena yer. Accessories wajib perempuan barang kemas kan, lelaki pun ada yer…Semua lelaki boleh tampil bergaya tetapi hanya lelaki yang benar-benar mempunyai citarasa yang tinggi sahaja boleh kelihatan classy. Sama juga seperti wanita, bukan semua wanita boleh tampil dengan gaya yang cukup classy. Kalau di persada fesyen tanah air, selebriti lelaki, Dato’ Bernard Chandran dan Anuar Zain merupakan dua personality yang cukup classy dan elegan. Well, apakah accessories lelaki-lelaki untuk seseorang itu  untuk kelihatan classy and seksi atau bahasa lain ‘ada kelas’? Jika wanita, aksesori yang sering menjadi perhatian adalah barangan kemas dan beg tangan. Bagi lelaki pula tiada yang lain melainkan koleksi jam tangan. Berikut merupakan 3 trendy watches atau design yang paling sesuai digayakan oleh mana-mana classy guys;



1.      Leather Strap Watch
 

Pilihan no 1 pastinya jam tangan bertali kulit seperti berikut. Jam tangan jenis ini sesuai digayakan dengan apa jua jenis pakaian. Untuk yang jenis berjiwa kearah muda tu, jam ni memang cun babe…



2.      Stainless Steel Strap Watch



Jenis jam tangan kedua yang boleh membuatkan si pemakai kelihatan elegan pula adalah jam tangan bertali besi seperti berikut. Jam ni buat si jejaka nampak class gitu, lagi-lagi digayakan dengan sut..perghh..mata si gadis terus kearah anda…



  

3.      Synthetic Strap Watch


Dan rekaan jam yang ketiga adalah synthetic strap watch yang direka dengan rekaan minimal seperti koleksi jam tangan Daniel Wellington ini. Yang ni memang sesuai dipakai dengan pakaian sukan; t-shirt, track suit dan Synthetic Strap Watch menampakkan si pemakai lebih santai apabila bersukan..



Hensem tak jam kat atas tu..lagi hensem jika awak yang pakainya kan..berminat tak????..saya tak jual yer..ZALORA yang jual..kalau nak sila la laman web fashion yang popular tu yer..



p/s Selamat Bershopingg…^_^