Selasa, 12 Ogos 2014

Virus Ebola

Assalamualaikum & hai-hai

diharapkan semua berapa dalam keadaan yang sihat..sekarang ni sedang kecoh berkenaan virus ebola yang sedang menyerang beberapa Negara Afrika..diharapkan Negara kita dan Negara-Negara lain juga dilindungi dari virus berbahaya ini..saya ada membuat sedikit review berkenaan penyakit ni..supaya kita dapat mencegah daripada terkena penyakit ini dan penyakit-penyakit lain juga...

Virus ebola ialah  merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus.
Interaksi antara manusia dengan binatang seperti chimpanzee, gorila, monyet dan landak juga antara punca penyebab berjangkitnya virus Ebola ini kepada manusia.
Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan.

Pesakit Ebola akan mengalami demam yang teruk, sakit kepala, sakit sendi dan sakit tekak, cirit-birit, dan muntah-muntah. Pada peringkat akhir penyakit Ebola, pesakit akan mengalami ruam-ruam dan pendarahan dalaman termasuk luaran. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru.

Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius. Kira-kira 60 hingga 90 % orang yang terkena virus ini akan mengalami kematian.

Tiada vaksin berlesen disediakan. Beberapa vaksin sedang diuji, tetapi tidak boleh didapati untuk kegunaan klinikal. Pesakit memerlukan penjagaan sokongan yang intensif kerana sering mengalami dehidrasi .

Virus Ebola bukanlah penyakit jangkitan melalui udara. Penyakit ini hanya berjangkit melalui sentuhan bendalir badan seperti darah. Pekerja kesihatan merupakan individu yang sangat berisiko tinggi oleh itu pihak perubatan biasanya memakai baju khas yang seperti  baju angkasawan untuk menutupi seluruh tubuh mereka.


psss: Mencegah lebih baik dari mengubati..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan