Rabu, 18 Mei 2016

Lawatan Ke Wisdec Selangor..

Assalamualaikum & Hai-hai

Wisdec??..what is that??..Wisdec adalah Wood Industries Development Centre, or lagi senang tempat sesapa nak buat kursus atau kajian berkaitan kerja kayu..dua hari lepas kami adalah gi melawat sana bersama pelajar degree furniture technology dan lecturer..
motif utama gi sana adalah nak belajar dan dapat penerangan berkaitan CNC..

kanak-kanak ribena yang happy dapat visit Wisdec

 lagi sekali apa itu CNC???
CNC = Computer Numerical Control, adalah software programming yang digunakan untuk design apa-apa yang kita nak atas kayu contohnya, nak lukis muka korang pun boleh..
Sesapa yang biasa kenal AutoCad mesti tahu benda CNC ni, cuma CNC ni sedikit advance.

hasil setelah menggunakan CNC, logo UiTM tetap dihati..can finish in 15 minutes

 thanks untuk penerangan yang kata kawanaku macam cod alien, dengan kod G, M, Z bagai tu..siap dia sebut M00 nak bagitau dia nak balik, M00 adalah cod stop untuk lepas kita design sesuatu, itu lah yang aku faham setakat ini,,

staf Wisdec menunjukkan hasil menggunakan AlphaCNC diatas MDF dan particleboard, jadi terjawablah persoalan yang design guna CNC boleh dibuat diatas composite wood


terima kasih Encik Azhar dengan penerangan beserta sesi soal menyoal, dengan itu aku cuba bagi tumpuan supaya takda aku terkial-kial kena soal, takut punya pasal, kalau tak mahunya aku dah lentok tepi dinding tu...

muka happy masing-masing dapat makanan..


Makanan yang disediakan pun sodappp, dah la terima kami lepas tu siap sediakan makanan uollss..
kat sini dapat juga kami tengok pelajar-pelajar sedang belajar berkaitan design perabot termasuklah ex-classmate aku masa degree dulu, dia pun sedang buat kursus kat sini under Furniture Design  Management (FDM). dia punyer design kerusi berbentuk puzzle, comel cam tuan dia..

kat tengah tu la kawan kita, nama dia Hazimah, dia buat kursus under FDM selama dua bulan kat sini

kita bergambar sebelum balik..Thank untuk layanan dan kalau ada rezeki dan peluang insyaAllah dapat datang balik.. ^_^
 


 

3 ulasan:

  1. Salam ..saya hendak.menanyakan sesuatu pasal kos ini. Boleh bagi cara untuk contact?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak boleh contact saya melalui emel..
      amalinatesis@gmail.com

      Terima kasih..

      Padam
  2. Student woodtech blh praktikal kt wisdec ke? Hehe

    BalasPadam