Rabu, 17 Disember 2014

Meeting untuk WSAFT 2014

Assalamualaikum & hai-hai

apa itu WSAFT?..okey, WSAFT adalah seminar Wood Science and Furniture Technology. seminar ini adalah perbentangan pelajar tahun akhir untuk ijazah-ijazah berkaitan sains kayu dan permbuatan perabot. pelajar postgrade juga dijemput untuk membentangkan projek mereka. WSAFT atau nama sebelumnya adalah WOSMAT. seminar ini adalah acara tahunan untuk department Wood Industries UiTM Pahang.

Meeting ke main telefon ni ha...
 
kusyuk si aza tu menulis..hehe


untuk tahun ini aku bukanlah salah seorang pembentang, hilang debor aku..kihkih..tahun ini aku bertanggungjawab sebagai seorang ahli jawatankuasa untuk majlis ini, tak sangka aku layakkan uolss..
disebabkan aku suka makan sampai lupa orang sekeliling, aku dapat tugas sebagai ketua ajk makanan, tak pasal-pasal pembekal makanan UiTM dan catering kenal aku sebab muka ini dok cari pembekal makanan yang sedap dan murah. penting tau sedap, takda la orang kutuk aku sebagai ajk makanan. murah juga penting supaya takda la lari bajet sangat.

sempat lagi tu ada yang posing sambil bincang,,,
 
 
busy punyer pasal, terpaksa duduk dalam bilik postgrad sampai petang..sampai ada yang solat dalam tu ...
 
 
mesyuarat jadi kedai kopi..
 
 
disebabkan majlis kali ini melibatkan penyertaan pembentang yang ramai, sampai majlis terpaksa dijalankan selama dua hari melibatkan dua dewan, mesyuarat menjadi rutin harian kami. lagi-lagi minggu terakhir ini, asyik terperap dalam bilik mesyuarat. Turun naik pejabat pentadbiran yang tinggi itu dan tanpa lif untuk jumpa Rektor UiTM dan pegawai HEA juga menjadi rutin harian kami..huhu..kurus la aku lepas ni...
 
untuk menunjukkan kesibukan..gambar kertas aku ambik..hehe..kepoyokan untuk menunjukkan kesibukkan..
 
 
setelah meeting, bergaduh, berbaik, berlari, mendaki, dileter dan macam-macam la, akhirnya minggu terakhir tahun 2014 dipilih sebagai tarikh keramat, harap-harap la betul-betul keramat dan tiada masalah yang akan muncul pada majlis tersebut. lagi-lagi seminar ini dihadiri oleh ramai jemputan dari luar. berdebar kami selaku ajk ni...huhu

ni la bilik kami..kerana seminar ini, bilik ini sentiasa meriah, kalau tak jarang yang nak menjengah melainkan muka-muka rajin..


psss: doakan seminar WSAFT berjalan lancar dan dipermudahkan..amin
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan