Isnin, 8 Disember 2014

Resepi : Pisang Goreng Cheese Mudah

Assalamualaikum & hai-hai..

hari ini aku nak kongsi resepi pisang goreng cheese. semalam kami bertiga ( aku dang housemate ) bergabung tenaga selepas terliur kesedapan pisang goreng cheese. biasa beli yang dah siap kat tepi-tepi jalan Bandar Jengka ni, tapi tak puas makan, RM 2 untuk 5 keping, mana nak cukup.

oleh itu kami buat sendiri, baru puas makan, biasa orang buat benda ni untuk makan petang, tapi kami makan malam, memang nak menggemukkan badan betul la..hehe.. kami ubah resepi, biasa orang guna chedar cheese, tapi chedar cheese susah nak jumpa kat Jengka ni, kami terpaksa la guna Chesdale. dan rasa dia masih sedap..puas hati la makan...

okey-okey sebelum aku merapu, jom kita tengok resepinya :

Bahan:

Sesikat pisang ~ buang kulit dan belah 2
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning (untuk menghasilkan warna kuning, takda la pucat jer)
secubit garam
1 biji telur
sedikit air
Chesedale
Gula Perang



Pisang, Tepung Beras dan Gandum
 
 

Gula perang dan Chesdale
 
 
 
Cara-cara :
 
1. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan dalam satu bekas.
2. Masukkan air sikit demi sedikit, seleas itu masukkan telur
 
 
 
3. sedikit garam dan serbuk kunyit
4. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung,
 
 
 
5. panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga kekuningan ( sehingga masak la)
 
 
 
6. Setelah masak, angkat dan toskan
7. bolelah ditabur chesedale (yang dipotong halus-halus) dan gula merah, kalau sesiapa yang suka coklat boleh la letak coklat cair
 
 

dah siap tu, boleh la makan, dimakan pula bersama air teh o panas, fuyoo!!..memang terangkat la berat badan aku...hehe

hehe..makan bertiga..tapi banyak sangat kan..memang melantak betul la kami..

 

psss : makan sendiri lagi puas, jimat dan boleh makan banyak..^_^


 

1 ulasan: