Assalamualaikum & Hai..
dah lama tak membebel dalam blog ni sebab sedikit sibuk dengan preparation pertandingan inovasi yang akan berlangsung hujung bulan ni..dan aku antara peserta yang mewakili UiTM Pahang..berkaitan pertandingan tu kita cerita lain kali sebab pertandingan tu pun tak mula lagi..
sekarang ni aku nak cerita yang aku dah jatuh cinta sesangat..
pasal jatuh cinta pun nak bising kat blog, poyo kan perempuan ni..macam dia sorang jer jatuh cinta..
sebelum mengutuk hamba yang hina ini, ingin aku terangkan bahawa aku tak jatuh cinta kat that-that boyz tu..aku jatuh cinta ngan satu buku ni!!.. buku berkaitan CINTA!!!
Novel Cinta la tu!!!
hei you!!..memang novel cinta pun..haha
tapi Islamic vesion okey...
buku ni la yang buat aku jatuh cinta..penulis dia Ustazah Fatimah Syarha n her husband membuatkan aku tidak kayal dengan cerita cinta dongeng tapi penuh dengan ilmu..novel ni setahu aku adalah dari drama kat tv Al-Hijrah tu..drama tu diadaptasikan menjadi novel berilmu ni..
dalam novel ni kita belajar macam mana nak tolak cinta tanpa membuatkan lelaki tu berdendam dengan kita..
macam mana nak elakkan diri kita dari maksiat ringan..
macam mana nak nilai perangai lelaki..
macam mana nak kenal seseorang tanpa perlu bercinta..
macam mana masalah rumah tangga diselesaikan tanpa menyakitkan hati pasangan...
berapa banyak macam mana la....
kira buku ni sangat best!!!..tak rugi adik aku beli..hehe..thanks adikku sayang..
dan untuk berkongsi rasa bestnya buku ni, aku bagi kawan-kawan aku pinjam..sebab aku nak orang sekeliling aku dapat rasa bahagia tu..bahagia apa?..nak tahu sila baca buku tu..hehe
cinta tu hadir dalam macam,-macam bentuk..dalam bentuk tiket ke syurga atau ke neraka (nauzubillah)..ustazah ada bagitahu..kata-kata manis seorang lelaki tiada keuntungan pada seorang wanita selagi tiada islam pada pegangannya..
thanks untuk kata-kata tu..hadir pada tepat masanya..hehe
psss: tetiba feeling cinta islamik pulak aku ni..^_^
laaa ingtkan siapa tadi. amboi kak ama dah main blog jgk eah skrg..
BalasPadamsaya singgah dan follow blog awak :)))
BalasPadamjemput ke blog saya ye, saya masih baru lagi dalam dunia blog :)
menariknye buku ,beli dekat mana ?. Jemput datang blog saya http://luahanfarhana.blogspot.com/
BalasPadam