Selasa, 7 April 2015

Kakak Nak Yang Biasa Jer..

Assalamualaikum & Hai-hai

Hari tu (entah hari apa) ada g jalan-jalan kedai jual barang-barang keperluan peribadi..dalam dok pilih barang yang berkenan di hati terdengar perbulan seorang ibu dan anak (bukan curi dengar yer, aku terdengar sebab dekat sangat jarak kami)..
Kisah anak yang aku adore (aku pun nak anak cam tu la jugak)..hehe
Mereka dok pilih syampu..tengok pada gaya macam keluar outing asrama rasanya..

Ibu : kakak nak syampu mana?

Anak: kakak tak kisah,

Ibu: kakak pilih la, kan ibu pilih kakak tak berkenan

Lalu sianak tanpa bantahan memilih syampu tersebut dan mengambil jenama yang berkenan di hati..

Ibu: kakak nak syampu ni ker?

Gaya ibu macam tak berpuas hati dengan pilihan si anak

Kakak: kakak tengok yang ni jer murah ibu
Lembut si anak membalas.

Ibu: murah la tak elok, nanti rosak rambut kakak..jenama ni pun orang dah jarang pakai..

Si ibu mengambil syampu dari Tangan si anak dan meletakan semula di rak sebelum mengambil syampu yang kelihatan lebih class..si anak sekadar memerhati tingkah si ibu..

Ibu: yang ni la sesuai untuk kakak..ada ker syampu jenama ++++ yang dah jarang orang guna kakak pilih..

Anak: kakak tak kisah jenama apa pun asalkan ibu halalkan..

Ibu: ibu halalkan la..pasal syampu jer pun..

Anak: kakak takut nanti suatu saat kakak pergi dulu atau kakak lupakan ibu..masa tu kakak tak dapat balas jasa ibu..susah-susah ibu beli benda mahal untuk kakak tapi kakak tak bahagiakan ibu..

Ibu: ibu redhakan segalanya..jom kita bayar..

Ibu menarik tangan si anak ke kaunter..aku boleh nampak si ibu macam akward dan matanya seperti berair..

Aku yang di celah rak tu pun macam terkedu bila dengar budak sekolah menengah cakap macam tu pada ibu dia..


Dik..u got my respect.. Si ibu, how great u r to teach a beauty little lady like that

Apa jadi ngan aku lepas tu?
Terus aku tak jadi beli barang kat situ ssbab dok pikir kata-kata budak tu..
Pernah tak kita pikir macam tu????...


1 ulasan:

  1. emm pemikiran bdk sekarang ada yg baik dan sebaliknya

    BalasPadam