Assalamualaikum & Hai-Hai
baru aku terperasan, aku takda post apa-apa pun berkaitan dengan raya pada musim raya ni. Maybe sebab seronok sangat balik kampung plus lepas tu terus sambung sibuk dengan kerja makmal. Walaupun sibuk yang buat aku rasa 24 jam tak cukup, tapi aku masih nak cuba luangkan masa merapu dalam blog aku ni..
okey, disebabkan aku takda post aper-aper pasal raya, sekarang aku nak ceritakan benda yang aku suka masa raya..hoho..dan semistinya korang pun sukerrr kan..
1. Cuti Panjang
yang ni paling nikmat yang lagi sedap dari ais krim coklat kegemaran aku. macam mana boleh tak sedap kalau dapat cuti seminggu lebih tanpa menghadap kertas jurnal berlambak campur bau-bau makmal. yang dapat aku hadap adalah masakan mak yang super best..syurga betul..fuhh!!!
2. Dah tak payah Puasa
Mengaku sajalah, kita semua happy Syawal tiba sebab kita dah
tak perlu berpuasa bukan? Tak perlu lagi bangun sahur pukul 5 pagi, tak
perlu lagi menahan lapar dan dahaga, dan tiada lagi irama keroncong
dalam perut. Tapi satu benda saja yang tak best, bila Ramadan habis, bazar Ramadan setiap petang pun tiada..huhu..
tapi puasa ganti dengan puasa Syawal 6 hari jangan uolss lupa pulak yer bila dah menghadap makanan best..
colek buah..yang mak selalu buat bila moreh lepas terawih..buat camopuran pelbagai jenis yang kami potong dan digaul bersama sos yang mak buat istimewa..telan air liur beb!!!
3. Balik Kampung
yang ni memang sah akan terjadi bila dah cuti panjag.. I Like sesangat..
dapat jumpa mak ayah, gaduh ngan adik beradik..naik motor keliling kampung..
tetiba pulak rindu suasana tu bila dah kembali membusykan diri...
bila balik kampung..yang ni paling best..jumpa kesayangan hamba..my ayah and mak..sengaja letak gambar tak ready mereka..hehe
4. Makanan Macam-macam
yang ni memang menyebabkan berat badan aku naik..Syawal memang syurga makanan. Makanan yang susah nak makan hari biasa akan aku jumpa masa raya ni dan mak aku akan buatkan untuk family...
yes!!..ketupat..raya ni la kau boleh balon ketupat..
benda alah yang sodapp ni korang hanya dapat dengan banyaknya hanya pada hari raya..so, masa raya makan la puas-puas tanpa menghiraukan baju yang akan ketat nanti..hahaha..
kami adik beradik cuba membuatnya, yang laki pun mak kerah sekali, dia kata senang kalau bini tak reti buat ketupat, korang la buatkan..untungler sape jadi ipar aku, adik beradik laki aku kena kerah bungkus ketupat..haha
5. Filem Best akan bersiaran kat TV
aku jenis tak suka gi pawagam, masa raya ni la dapat aku tengok cerita-cerita best kat tv sebab channel tv akan berebut siarakan cerita-cerita best..
tv-tv gak, ziarah sedara mara jangan uolss lupa pulak yer..
dah settel lima jenis benda best masa raya..nak tengok lagi 5 yang best?..yang maybe sama tak dengan benda best korang..
sambungan lima lagi benda dari orang lain ada kat sini << 10 perkara best masa raya >>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan