Selasa, 28 Julai 2015

Politik Negara..

Assalamualaikum & Hai-Hai

Heboh kabinet negara bertukar, ak pun join sekaki antara pengheboh tu..dan ada makhluk Allah yang tegur, "kau tak payah la nak sibuk hal politik negara, kita pelajar, belajar jer la"..

Wahai makhluk Allah itu..


Memang sekarang aku, kau dan semua pelajar kat Malaysia ni sedang belajar dan juga seorang pelajar. Tapi sedar tak satu hari nanti kau akan kerja (cari duit weh). Kau tahu tak peluang kerja kat negara ni akan terbuka luas atau tersepit susah nak masuk bergantung pada politik dan ekonomi negara..


dan aku pasti bila aku cakap, susah nak cari kerja..akan ada cakap bukak la bisnes..
wahai manusia seperti aku. jika dah ekonomi dan politik negara tidak stabil, mana kau nak cari modal nak mula berbisnes tu, siapa nak jadi pelanggan bila mereka sendiri sudah tidak berduit..bila kuasa membeli terpaksa mereka sekat, dengan sendiri bisnes kau lingkup..fikir weh..fikir..
Negara lain dah berikan kau contoh, jangan sekadar hadap facebook, tweet twitter, berblogging dan berinsta tanpa tanpa kau cedok ilmu tu..jangan jadi mangsa laman sosial bodoh-bodoh jer..ambik dan hadam..

Lagi sekali aku nak bagi tahu...

Kalau ekonomi negara dan politik negara malu-malu macam pokok semalu macam mana kau nak kerja atau nak bukak bisnes!!..

Aku sibuk sebab aku rakyat malaysia dan aku sayang negara aku..


Weh!!.satu masa nanti kau and the geng (generasi aku dan kau) akan pimpin negara ni ( mana la tahu kot-kot kau nak jadi PM), nak ker waktu tu kawan-kawan kau and anak cucu kau pergi negara lain sebab nak cari kerja dan cari hidup lebih selesa kat sana..

 
Mintak maaf la aku merapu meraban dalam ni..geram bila manusia bercakap tanpa fikir masa depan..
Disebabkan aku tak mampu nak jadi pahlawan kat medan politik..jadi pahlawan papan kekunci pun jadi la..
Aku ada hak sendiri nak bercakap, dan kau-kau ada hak nak terasa..

2 ulasan:

  1. Ada betulnya setiap dari ayat kamu ni. Mereka kononnya tidak mahu ambil tahu dengan apa yang berlaku. Katanya kita siapa nak cakap-cakap pasal politik. Tapi dalam sedar tak sedar, mereka semua termasuklah saya akan terkesan, malah anak cucu bangsa akan turut sama terkesan jika ianya menjadi semakin teruk. huhuhuhu

    BalasPadam
  2. Pening dengan keadaan politik negara sekarang...

    From FAMF Tower

    BalasPadam