Selasa, 29 September 2015

Raya Aidiladha Di Kelantan

Assalamualaikum & hai2

Camner korang punyer raya aidiladha aka raya haji?..best tak makan daging banyak2?..dalam dok melantak daging jangan dilupa sedara-sedara kita kat negara bergolak tu yer..jangan lupa doakan mereka supaya mereka juga mendapat keamanan dan berpeluang beraya macam kita..al-fatihah juga pada mangsa tragedi-tragedi di mekah..tetapi mereka yang terkorban beruntung kerana berpeluang mengakhiri hidup mereka di bumi yang suci, tempat tumpuan umat islam melakukan ibadat..
Salam takziah untuk ahli keluarga tragedi kren tumbang dan rempuhan di mina..dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali..

Kembali kepada tajuk post diatas..aku nak share cerita dan gambar beraya..kawan-kawan aku cakap raya haji kat kelantan meriah berbanding negeri lain, yang tu aku tak tahu la sebab memang aku beraya kat kelantan jer..muahaha..

Gambar diatas tu adalah perut lembu yan diperoleh daripada lembu korban..daging lembu korban perlu diberi kpada yg memerlukan sebanyak 2/3. Yg 1/3 tu boleh la menjadi santapan si pemilik daging korban..organ dalam haiwan korban tu boleh dibahagi atau menjadi santapan pemilik daging korban tu..
Perut lembu tu bab basuh tu yg leceh. Kalau makan semua cepat..cara mudah nak bersihkan gunalah buah limau nipis plus ngan kapur..memang berkesan beb!!!..cam nak buang daki kat badan jer..hikhik..lepas dah putih dibersihkan, mmg marvelous dibuat kerabu perut atau air asam..meleleh air liur..

Ni projek memasak oleh mak aku ngan mak cik-mak cik aku plus spupu2.. Lepas dah settle siang daging oleh anak2 dara..mula la sesi masak2 simple iaitu daging goreng dan singgang daging..esok nya pulak sup tulang..lepas tu jangan ada yang sakit kepala dan darah tinggi dah la..

Dish terakhir dari daging sebelum aku balik ke bumi jengka adalah daging bakar, chicken chop, colesslow ngan kuah lada hitam..terwestern la pulak kan..nilai melayu masih kekal dgn berlapik tu..mixed gitu..

P/s: sesapa nak merasa beraya aidiladha gaya kelantan jemput la ke negeri cik siti wan kembang ni yer..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan