Ahad, 29 November 2015

Lawatan Ke West Port, Pelabuhan Klang

Assalamualaikum & Hai-hai

dah lama dah aku tak update blog, dah berhabuk pun kan..story mory dah lama dah, sedikit busy nak siapkan writting..sekarang ni ada masa terluang boleh la aku jengah diari maya aku ni..kali ni aku nak bercerita tentang lawatan ke Pelabuhan klang..
Pelabuhan Klang ni bukan sebarangan tempat yang boleh kite masuk, kena ada kad bagai, tapi kami berpeluang masuk ke tempat ni..terima kasih untuk pihak pengurusan West Port, Pelabuhan Klang dan Malaysia Timber Industrial Board (MTIB) untuk peluang ni..

 Penerangan berkaitan susun atur dalam WestPort dan cara pengurusan West Port


Mini Series of WestPort, Encik pengurusan tu cakap, maybe suatu hari nanti Pelabuhan Klang akan lagi memanjang..nanti tak cukup la bekas kaca tu, kena panjangkan lagi..hehe 

Dari menara operasi yang mengawal West Port ni kami dapat lihat pergerakan di dalam West Port ni, baru kami tahu yang pelabuhan ni beroperasi macam sebuah bandar. Ada balai polis, balai bomba, Pusat Kesihatan (Ada doktor, nurse), Pusat fisioterapi, gym dan macam-macam lagi la. Kira memang di kawal rapi la. Kami diberi penerangan cara penyimpan barang yang sampai ke pelabuhan dan masa penyimpanan. Baru kami tahu buah-buahan yang ada di pasar raya tu bukannya segar sangat, dah berbulan sampai ke pelabuhan, baru la diambil oleh pihak pasaraya. 

 Pandangan kapal dari udara (udara la sangat, padahal menara operasi)..tengok kapal tu cam cinonet jer, bila pergi dekat, gedabak besar..huhu 

Encik Pengurusan tu cakap kalau tak hujan, lagi jauh boleh nampak, tapi hari tu hujan, tak dapat la kami mengendap jauh-jauh..

Selepas diberi penerangan dan bersoal jawab di menara operasi West Port, kami dibawa mengelilingi pelabuhan. tapi naik bas la yer, kalau jalan kaki mahu tercabut kaki, tapi yang special dan rasa cam VVIP adalah sebab diiringi polis dengan siren bagai, mana nak dapat tu...hikhik..
kami dibawa mengelilingi pelabuhan hingga ke kapal, nasib kami baik hari tu sebab kapal top 2 terbesar di dunia sedang berlabuh, memang besar beb, bayangkan beratus kontena saiz 40 kaki boleh muat dalam tu..fuhh..cam kapal persiaran..
dapat tengok kereta yang sampai kat pelabuhan klang yang kami ingat teksi..padahal tu pembalut kereta and kereta import tu tak dibuka lagi pembalutnya

kontena ni ada yang biasa dan ada yang jenis untuk freezer, kira untuk simpan bahan makanan dan ubat-ubatan supaya tahan lama..dari cerita yang kami dapat dari pihak pelabuhan, mereka tidak tahu barang yang terkandung dalam kontena yang diimport atau dieksport, mereka hanya menguruskan proses dipelabuhan, pihak Kastam sahaja yang mengetahui kandungan didalam kontena terbabit..

Kontena barangan yang diangkut kapal besar gedabak tu..

undang-undang kat Pelabuhan sangat ketat, silap sikit kena saman, tak kira la apa pun pangkat, dah semua kereta dalam pelabuhan kena ada blackbox. and ada beratus CCTV dalam pelabuhan tu..memang strict la.. dah nama pun pelabuhan sebagai tempat perdagangan utama tiap negara kan, mesti la kena jaga..

Thanks MTIB staff yang belanja kami makan..Staff MTIB tu alumi program Wood Science and Technology dan juga Furniture Technology..bangga tengok diorang kerja best-best

Bye-bye WestPort, ada rezeki, aku bertapak kembali

thanks untuk UITM, MTIB and especially WestPort, Pelabuhan Klang untuk pengalaman ni, kalau tak kerana lawatan ni memang tak merasa la masuk pelabuhan ni kan..

4 ulasan:

  1. macam mana ye nak mengadakan lawatan ke port klang ni? - miraiza.aa@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mintak maaf atas kelewatan akak membalas comment anda..

      lawatan saya ini bersama pihak agensi kerajaan dan untuk detail awak perlu menghubungi pihak port klang

      Padam
  2. apa prosedur untuk ke port klang ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lawatan saya ini bersama pihak agensi kerajaan dan pihak tersebut yg menguruskan lawatan kami pihak uitm, jika ingin mengetahui detail lawatan awak perlu menghubungi pihak port klang

      Padam