Sabtu, 24 Oktober 2015

Jalan-Jalan ke Muzium Kesenian Islam Malaysia

Assalamualaikum & Hai-hai

mesti tak caya kan bila baca Tajuk kat atas..aku ke muzium?..walaweh..aku pun ada jiwa historical okey.. :P

terus terang sebenarnya aku ikut rombongan student Degree Sains Fizik ke Planaterium Negara..diorang ada talk berkaitan photonic..korang mesti tak tahu kan?..kan?..
(cis, padahal aku pun baru tahu..)
dengan rasa tinggi diri aku nak bagitahu photonic adalah nama lain bagi cahaya..orang Fizik panggil photonic..
yang bagi talk tu aku memang bangga sebab orang Melayu, pakar fizik dan penerima ke empat untuk 'Profesor Ulung Negara' ..beliau adalah  Professor Dr. Harith Ahmad..
prof, walaupun saya bukan peminat fizik cahaya, tapi saya sangat terinspirasi dengan nasihat prof, bila prof cakap setiap orang adalah genius dalam bidang mereka sendiri..bukan Doktor atau Engineer sahaja..

hanya satu gambar ni jer aku dapat tangkap masa dalam dewan teater Planaterium..tu pun sebelum majlis..
 
 
sebelum ke planaterium Negara, pagi tu kami berjalan la sekejap ke Muzium Kesenian Islam..kat situ kebanyakkan orang asing, orang Malaysia maybe dah selalu pergi kot (bersangka-baik yer)..mula-mula aku cam tak berminat, lepas 10 minit, memang interesting..jom check apa yang menarik perhatian aku yang sememangnya bukan orang yang berminat dengan sejarah..
 
hehe..baju yang mannequin tu pakai memang menarik perhatian aku, lama jugak la aku dok tenung baju tu dan baca sejarah baju tu..Queen kot pakai baju tu, patut la tengok cam mewah jer.. 

kawan aku tu main tunjuk-tunjuk beg cam shopping gayanya..beg orang dolu-dolu pun dia berminat..nasib baik dalam cermin, kalau tak mahunya dia try letak kat bahu tu..hehe
 

dapat kerusi ni kat rumah memang terus akan dapat spirit jadi raja kan..

bahagian yang kebanyakkan akan disukai wanita..barang kemas!!..semua pakat nak posing kat sini kan..kalau dah perempuan tak sah kalau mata tak bersinar tengok benda tu
 

tadaa..the best replica for me..i want go there!!..maybe after 10 year?..insyaAllah sekarang aku tengok replica, mana tahu suatu hari nanti Allah murah kan rezeki untuk aku kesana..so, one of my check list kenapa aku perlu belajar setinggi yang boleh dan akan kerja sesungguh  yang mampu..

tak puas sekadar ambik gambar replica, aku nak posing gak..dan insyaAllah aku akan sampai kesana..ONE DAY!!!
 
 
psstt;
Everybody is a genius, but if u judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid..
- Elbert Estein-

 

3 ulasan:

  1. Last datang sini tahun 2007. Rindu lagi nak pergi

    BalasPadam
  2. Last datang sini tahun 2007. Rindu lagi nak pergi

    BalasPadam

  3. Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor
    -Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392
    http://www.sciencepark.upm.edu.my/public/edupark-6222

    BalasPadam