Selasa, 29 Disember 2015

Resepi Kuih Kelantan : Cek Mek

Assalamualaikum & Hai-hai

last week aku balik kelantan cuti krismas + Maulidurasul, dan agenda aku apabila balik kelantan adalah MAKAN!!!..gaya melantak macam tak jumpa makanan..dan dengan perasaan nak bermanja dengan mak, aku mintak la mak buatkan kuih popular kelantan, Cek Mek..
tapi ada syarat la pulak, kena tolong buat sekali. pertolongan aku lebih ke arah mengambil gambar untuk dikongsi ke blog ni..huhuhu..
jom kita layan resepi yang aku mintak dari mak aku ni..bahan-bahan dia sangat simple duper mudah dan sikit sangat

Bahan-bahan:
Ubi Keledek
Tepung
Gula
Minyak

Cara-cara:

mula-mula, rebus ubi keledek tu sampai lembut, supaya senang di kemudian hari


buang kulit ubi keledek tu, sambil buang kulit tu, boleh la merasa kesedapan dan kelembutan ubi keledek atau mak saleh panggil sweet potato..


potong ubi keledek tu kecik-kecik, senang untuk dilenyek nanti


mak aku ajar lenyek pakai lesung batu, dia cakap lagi cepat, memang cepat pun..


bila dah siap dilenyek korang campur la dengan tepung gandum, campur sedikit demi sedikit mengikut kehendak korang, letak tepung gandum sikit cukup la supaya ubi tak lembek, kalau terlampau banyak tepung nanti tak terasa kelembutan kuih cek mek tu. Bila adunan dah sebati, bentuk kan la dia jadi bujur dan penyekkan supaya ada ruang di tengah untuk di masukkan sedikit gula (ikut suka korang), dan di tutup rapi supaya gula tak meleleh keluar.


bila dah siap dibentuk, goreng la dia dalam minyak yang panas..tadaa!!..gambar di atas tu yang dah siap di goreng..heaven betul bila digigit dan mengalir la air gula yang manis itu..petang-petang makan bersama air teh o, fuhh..tak ingat dah orang lain..


kalau terliur boleh la buat, murah dan senang uolsss...^_^




 

2 ulasan:

  1. kalau sagat guna penyagat tu boleh ke?/lenyek2 gitu macam lambat je..heheeh

    jemput Join GA di blog saya

    *Wang tunai Rm100 x Tempat Pertama

    *Wang tunai Rm50 x Tempat Kedua

    *Wang tunai Rm30 x Tempat Ketiga

    *Head Rest Massage x 10 Unit (Tempat Pertama hingga Kesepuluh)

    http://www.dianarashid.com/2015/12/giveaway-baby-store-bersama-dianarashid.html

    BalasPadam