Ahad, 27 November 2016

Resepi Laksam Homemade

Assalamualaikum & Hai-hai

urrmm..tetiba kebelakangan ini diri ini..rasa nak jadi perempuan (macam la sebelum ni lelaki kan), rasa nak post resepi makanan-makanan..
untuk hari ni aku nak share resepi buat laksam, LAKSAM okey, not laksa, jangan tertukar pulok..
biasa beli kan, ni buat sendiri jer tau..jimat dan bersih gitu..

pertama kita buat dulu LAKSAM..

Bahan-Bahan :
- 2 cawan tepung beras
- 1 sudu tepung jagung
- 3 cawan air

Cara-Caranya :
1. Bancuh semua bahan di atas sampai sebati, sambil-sambil tu boleh la panaskan air di dalam pengukus

2. sapu tudung periuk dengan sedikit minyak supaya adunan tidak melekat. untuk ni lantak korang la nak guna apa pun yang penting leber, nak guna dulang pun boleh kot..kalau ada harta tu boleh la beli bekas dia.


3. apabila air sudah mendidih, letakkan tudung periuk tadi dia bahagian atas pengukus, sudipkan satu sudip bancuhan tadi ke atas tudung periuk, jangan terlampau banyak, and jangan kedekut sangat. kalau banyak kan tebal susah nak gulung, nipis kan terkoyak rabak. lepas tu tutup la pengukus tu. 


4. bila wap pada pengukus dah naik, tandanya dah masak ler..boleh ler di keluarkan dan digulung nya cantik-cantik, kalau sayang tangan gulung pakai belakang sudu tu.


 5. nah, dah siap gulung, tak cantik tapi confirm sedap..
 

seterusnya kita buat KUAH dia..

Bahan-Bahan :
- santan dari satu biji kelapa
- 6 ekor ikan rebus yang di buang tulang
- 7 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 10 biji lada hitam di tumbuk
- seinci halia

Cara-Caranya :
1. blender semua bahan di atas 

2. masukan semua bahan ke dalam periuk dan On kan api dapur tu.

3. selepas tu masukkan garam, gula dan asam keping

4. masakkan hingga mendidih

5. tadaa..siap sudah kuah kita



 dah siap tu boleh la dimakan Laksam bersama kuah dan ulam-ulaman , sambal lada kering dan belacan..perhhh dap ehhh...




1 ulasan:

  1. Haaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..

    BalasPadam