Isnin, 17 November 2014

Apa itu Citation

Assalamualaikum & hai-hai


Citation atau dalam bahasa Malaysia adalah petikan. Jika anda menulis apa-apa karya yang hendak di terbitkan dan anda mengambil rujakan, diwajibkan untuk menyatakan dari manakah ayat tersebut berasal, jika tidak anda dikategorikan sebagai pencuri atau plagiarism. Scary kan..huhu..itulah yang aku rasa masa bila menulis tesis.

Citation amat perlu untuk memberi tahu pembaca karya anda bahawa bahan tertentu dari karya anda berasal dari karya orang lain. ia juga dapat menolong pembaca untuk mencari sumber tersebut, dengan kata lain, anda telah menolong pembaca yang kemungkinan sedang membuat penyelidikan. dah dapat satu pahala kan...
 
Ada bermacam jenis citation yang biasa digunakan, antaranya adalah Oxford , Harvard , MLA , Amerika Persatuan Sosiologi ( ASA )  dan Persatuan Psikologi Amerika ( APA ). Aku biasa guna APA jer...
 
Dalam Citation perlu ada nama penulis dan tarikh penerbitan, ada juga Citation yang memerlukan tajuk dan nombor muka surat, bergantung kepada jenis karya tersebut.
 
Contoh karya dari Ali bin Abu adalah bertajuk Basikal bertarikh 23 ogos 2000, Alatan Z sesuai digunakan untuk membaiki basikal.
untuk melakukan Citation, ayat itu perlu diubah dan disertakan nama penulis dan tarikh artikel tersebut di terbitkan. contohnya adalah :
   
" Basikal yang rosak boleh juga dibaiki menggunakan alatan Z (Ali, 2000)"
 
yang kat atas tu contoh jer okey..
 
psss: ilmu yang aku dapat ni pun hasil perkongsian dari pensyarah-pensyarah dan juga Mr Wiki; http://en.wikipedia.org/wiki/Citation... ^_^
 
 
 

2 ulasan: