Jumaat, 5 Disember 2014

Lawatan Ke Malayan Adhesive and Chemical (M.A.C) Shah Alam

Assalamualaikun & hai-hai

masa aku update blog sekarang aku baru sahaja balik dari M.A.C kat Shah Alam. Aku join pelajar Degree Furniture Technology buat lawatan ke kilang tersebut. M.A.C adalah syarikat yang menghasilkan gam ataupun resin untuk industry Malaysia dan luar Negara. Pelajar dalam Department Wood Industry (Diploma Sains dan Teknologi Perkayuan, Ijazah Sarjana Muda Perabot dan Ijazah Sarjana Muda Bio-Composite) di UiTM Pahang kebiasaannya mendapatkan bekalan gam dari kilang ini la.


Depan Kilang M.A.C


Dan aku sangat-sangat beruntung tau sebab dapat melawat kilang ni. dari sini aku dapat tahu macam mana gam untuk menghasilkan papan-papan seperti MDF, Particleboard, Plywood dan lain-lain dihasilkan. sebelum ini hanya lab sahaja, sekarang ini aku dapat tengok depan mata aku macam mana resin atau gam itu dihasilkan dengan teknologi canggih. Dan aku sangat bangga kerana syarikat Malaysia ini menjadi antara pembekal resin atau gam untuk pasaran antarabangsa.

Terima kasih pada pensyarah aku, Prof Madya Dr. Yuziah yang sudi bawa kami kesini. Dr. Yuzi adalah bekas Manager RnD kat M.A.C ini, hebat sangat sebab seoarang wanita menjadi antara orang terpenting syarikat antarabangsa, menjadi orang penting dalam penyelidikan resin untuk pasaran dunia.

kami bersama Dr. Yuzi : dari kiri tudung merah Nabilah, aku, Aza, Dr. Yuzi dan Vanessa



muka happy jer...haha

aku takda gambar sangat untuk dikongsi kerana demi keselamatan, flash dari kamera tidak dibenarkan kerana boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini. siapa yang pernah terlibat dengan system kilang mesti tahu. lagi-lagi jika terlibat dengan ammonium yang mudah terbakar.
hanya gambar depan syarikat sahaja yang boleh aku kongsi.
psss: takdi masa dok borak-borak dengan Dr.Yuzi, dia cakap kalau nak anak bijak kena cari bini bijak..betul ke tidak tak tahu la...hehe

2 ulasan:

  1. saya dah pernah pergi sini sekali. tp kat dlm tak boleh ambil gmbr kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul wida, tak boleh ambik gambar, kmi bergambar kat luar jer la..hehe

      Padam