Khamis, 14 Mei 2015

Invention, Innovation and Design Exposition (IIDEX) 2015

Assalamualaikum & Hai-hai

ni kisah 2 minggu lepas yer (dah basi baru nak update)..2 minggu lepas aku join IIDEX kat UiTM Shah Alam..join untuk kali ke dua yer (tahun lepas dah join)..ni post yang masa IIDEX 2014 : IIDEX 2014

IIDEX tu aper? benda alah tu adalah pertandingan reka cipta dan penyelidikan melibatkan pelajar sekolah, pelajar universiti dan agensi luar..kira ciptaan-ciptaan best tu ada la kat sana..


Tahun lepas gold dengan projek Premium Quality of Particleboard..untuk tahun ni kami membawa tajuk New Fiberboard : Leucaena and Rubberwood..dan Alhamdulilah tahun ni gold menjadi milik kami lagi dan tambahan awards lagi apabila mendapat silver awards untuk Pitching Awards..

tu la booth presentation kami..merimbun dengan pokok leucaena (aka pokok petai belalang)..Dr Yuziah tersayang la tu yang mencari daun-daun tu..
penyelidikan kami nak buktikan pokok petai belalang yang orang-orang buat tak tahu tu sebanarnya sangat la bernilai..bernilai untuk masa depan industri perkayuan negara kita..Allah dah cipta setiap benda tu ada kegunaanya..

 happy face after got gold medal..^_^
thanks to my bestie..Nur Atiqah Nabilah sebab banyak bersama aku masa susah dan senang..thanksss babe !!..thanks kepada ahli kumpulan aku yang juga lecturer yang banyak100x sangat bantu aku..Prof Madya Dr Wan Mohd Nazri, Prof Dr Jamaludin Kasim and Prof Madya Dr Nor Yuziah..

jejak kasih..terjumpa romate yang masa degree dulu..Tahniah Akma..got silver medal untuk projek software dia..si akma ni masih kecik macam dulu..hehe

my medal..gold medal..Thanks Allah..rasa macam susah payah research berbayar..tapi takkan fully berbayar selagi belum dapat siapkan full thesis master..

psss : thanks to my parents, my siblings, my family, my buddy,UiTM Pahang Staff, Daiken Staff, UiTM Shah Alam Staf, my good fren and also my enemy..^_^







2 ulasan: