Khamis, 28 Mei 2015

Welcome To Diploma in Wood Science and Technology ( UiTM Pahang )



Assalamualaikum & Hai-hai


Welcome to dunia sains dan teknologi kayu untuk adik-adik yang baru mendaftar di UITM Jengka Pahang dalam program Diploma Teknologi Perkayuan. Walaupun aku takda Diploma WoodTech (sebab aku asal matrik sains punyer student) aku masih super senior korang yer..haipppp!!!

Ada yang tegur kat google plus dan ada yang pm kat facebook meluahkan perasaan dan pertanyaan berkaitan program ni (mentang-mentang la nama blog akubudakkayu.blogspot)....dioarang macam takut..apa yang adik-adik takutkan?


Yang perempuan takut sebab bimbang diorang jer perempuan, heii!!.. akak ko ni masih hidup jer walaupun dikelilingi oleh jejaka nakal…hehe..geng2 AS227/grad 2013, aku rindu korang..buerkkk!!..:P


Korang jangan risau la..program ni ramai perempuan la, perempuan kuat lagi kau..al maklum la main dengan kayu..hehe

Ada yang risau macam program ni main dengan pertukangan jer..

Hei you..adik-adik ku..anda ingat kayu ni sekadar bertukang..anda akan belajar biologi, kimia dan fizik berkaitan kayu tau..


Korang kena kenal anatomy kayu, kau ingat senang nak hafal anatomy kayu dengan diberikan satu beg berbagai spesis kayu dan satu kanta kecik..kau duduk dan sentuh la kayu tu..nanti ada exam dengan hanya sentuh dan lihat menggunakan kanta, kau kena ingat nama dan nama saintifik kayu tu...( aku dulu ingat 5 jenis kayu jer..huhu)


Lepas tu kau kena kenal daun-daun kayu..kenal sifat daun..Dendrology nama diberi..

Bila dah advance cikit baru kau belajar menghasilkan papan dari kayu yang orang cakap sisa-sisa dan kayu-kayu kecik. Masa tu baru kau hargai betapa berharganya perabot yang diperbuat dari Particleboard, Medium Density Fiberboard, Oriented Strand Board dan macam – macam lagi la..pelik kan nama tu?..nanti bila dah belajar korang tahu la..bukan senang perabot dihasilkan tanpa adanya penyelidikan..dengan nama lain R n D

 
kenal tak gambar diatas tu..mesti selama ni ayah-ayah korang jer guna..nanti korang akan guna alat tu..gambar macam kilang tu..tu la kilang kayu..ada tiga semua..tapi taknak la tunjuk semua..nanti tak surpurise..


Nanti korang belajar jenis gam untuk buat perabot..korang mesti ingat selama ni, pakai jer la gam apa pun kan..nanti  korang akan tahu yang bukan sebarangan gam boleh guna..tiap gam tu ada kimia dia sendiri..kimia?..yes..that is kimia..anda juga akan belajar kandungan kimia dalam kayu, apa itu cellulose, hemicellulose, lignin, extractive..jangan ingat, kayu sekadar kayu, Allah cipta semua benda ada fungsi dia, dan kita kena cari..itu lah kimia kayu!!!



 comel tak hasil student kayu dan perabot?..nanti korang akan buat benda best tu jugak..salah satu mesin yang korang akan guna yang warna hijau tu


Lepas tu korang akan belajar hasilkan produk dari kayu, buat kertas!!..ingat senang ker nak hasilkan kertas yang putih tu..nanti korang akan belajar..jeng..jeng..

nanti boleh la belajar tebang pokok macam gambar diatas (gambar kenangan masa tebang pokok akasia) dan belajar tengok anatomy kayu, bukan tengok guna kanta jer tau, nanti terus boleh tengok guna komputer..canggih kan..

 Bertukang?..yes..korang akan belajar bertukang seperti mana yang selalu diceritakan apabila menyebut perkataan budak kayu..masa ini korang akan rasa berbangga menghasilkan produk hebat..macam gazebo, kerusi sampai la ke pondok, buaian comel pun ada..perasaan bangga akan terselah apabila produk korang ada di perpustakaan..hehe..best!!!..


Korang kena bangga sebagai budak kayu..awak belajar apa yang orang tak belajar, kenal apa yang orang tak kenal..korang kenal hutan, kenal pokok, kenal kayu, kenal mesin..dan InsyaAllah, lagi kenal pencipta itu semua..Allah

gambar masa degree..dengan lecturer sporting dengan kelas havoc..ni tak salah aku gambar masa kelas furniture manufacturing kat bengkel..

 

Good Luck Budak Kayu!!!

20 ulasan:

  1. adik saya baru masuk sini 02/06/2015 . tp kos lain . dip komp :)

    BalasPadam
  2. Ckp kat adik welcome to jengkaria..best tau jengka..haha

    BalasPadam
  3. tak tahu plak ada aliran kayu
    apapun all the best ye
    akak dulu pun uitm juga, lama dah =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan alumni uitm..hehe
      UiTM jengka popular dengan woodtech..

      Padam
  4. Assalam. Bleh tau peluang kerjaya untuk lepasan course ni? degree + diploma. Thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerjaya dia meluas melibatkan perkayuan dan perhutanan..
      anda akan bekerja dalam sektor kerajaan seperti penyelidikan RnD..
      Sektor swasta lagi meluas seperti kilang-kilang yang melibatkan perkara berasaskan kayu

      Padam
  5. Salam akak, saya nak tanya, saya memang tak minat science tapi saya dpt UiTM Jengka Dip in indutri perkayuan. Soalan dia, boleh ke saya amik kos ni kalau saya tak minat fizik, kimia, bio semua tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kos ini banyak melibatkan sains..pada sem awal2 awak akan belajar fzik, kmia dan bio..
      Awak sendiri yg tntukan awak mnt atau tidak..jika awak rajin dan bersungguh insyaaAllah awak mampu grad dgn cemerlang

      Padam
  6. Salam . degree ap yg boleh further daripada diploma perkayuan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa boleh futher study dalam berbagai bidang..kebanykan pelajar program ini menyambung pengajian ke ;
      1. Degree of Furniture Technology
      2. Degree of Bio-composite
      3. Degree of environment
      4. Degree of polymer
      5. Degree of Pulp and Paper

      Padam
    2. salam akak, boleh saya tahu apa kerjaya untuk bachelor of furniture technology?

      Padam
    3. Maaf nyampuk..hehe.sy bekas pelajar diploma industri perkayuan uitm jengka...so mengikut pengalaman saya..sy lepas grad kos tu...sy dapat penerapan uitm dlm bidang sains ukur dan geomatik under faculty of architecture...dan satu lagi sy dapat degree dlm bidang Kejuruteraan Kimia di Unimap...bgi pndapat saya..study betul2..tak mustahil utk adik pergi lebih jauh dari bidang sedia ada.. bnyk peluang yg boleh kita dapat kalau kita betul2 berusaha...yg penting jagan putus asa...study smart okey dikk..All the besttt!!!!

      Padam
    4. @aliasyafika saya nak tanya mcm mana nak dapat kejuruteraan kimia unimap? pointer atleast kena berapa

      Padam
  7. Assalamulaikum Akk..sye lepasan diploma sains.pointer sye dlm kategori yg sederhana..sye nk tnye,apakah ciri2 yg perlu utk pljr course perkayuan?
    Antara course perabot dgn biokomposit, yg mne yg lagi susah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf atas kelewatan akak membalas comment anda,,

      anda masih boleh cuba memohon course perabot n biokomposit walaupun anda adalh pelaja dip sains
      haha..setiap course ada subjek yg sush dan senang, it depend on u to handle the situations and subject..^_^

      Padam
  8. salam, kalau daripada Diploma Teknologi Berasaskan Kayu Poli, boleh further degree dalam bidang apa ye? dekat uni mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. B Sc (Hons) Furniture Technology
      B in Marketing
      B Sc in Plantation
      B Sc in Pulp n Paper

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Aslm ape beza diploma industri perkayuan & diploma teknologi kayu . Bole tak lepasan diploma industri perkayuan amik degree sains gunaan ( Fizik ) . And also sye nk tahu real situation bagi peluang keje lepasan diploma industri perkayuan ni .

    BalasPadam