Selasa, 9 Jun 2015

Peringatan Sebelum Ujian Diberikan..

 Assalamualaikum & Hai-hai

Dua minggu lepas ada pergi jumpa advisor, Dr Wan (Prof Madya), seperti biasa bincang pasal perkembangan writting aku. Sambil-sambil berbincang, Dr suka keluarkan ayat nasihat dia, macam tazkirah pun ada..hehe

Dia cakap sekarang ni kami yang tengan writting berada dalam tempoh kritikal. memang writting bunyi macam mudah, lagi mudah dari masuk bengkel dan makmal masa nak siapkan projek dulu..
tapi sebenarnya lagi mencabar. Masa ni minda kita macam malas sebab sudah berada di stage akhir, semangat sedikit kurang. dan masa tu usaha kita tidak sekuat seperti masa proses siapkan projek dulu..
dalam hati aku cakap, Dr macam faham jer..lepas tu dia macam boleh dengar apa yang hati aku cakap, dia cakap dia faham sebab dia sendiri pernah alami saat tu..(scary betul Dr ni..hehe)..

Dr cakap antara ujian yang akan kita hadapi adalah dari orang sekeliling kita. orang sekeliling kita banyak bagi effect pada kita. antaranya kata-kata mereka, bila kita rajin mereka akan cakap kita terlampau rajin sampai takda masa untuk enjoy..ujian lain adalah dari family kita sendiri. mungkin bila kita sakit, kita masih mampu untuk hadapinya. macam mana kita nak hadapi jika ahli keluarga kita yang sakit?..kesannya mungkin sangat besar pada kita. Dengan cuti yang terpaksa diambil, dengan fikiran yang asyik memikirkan mereka, dengan semangat yang akan merundum bila orang yang selalu bagi kita semangat terlantar sakit..
cuba manage diri menghadapi situasi tersebut, supaya semangat tidak luntur, keadaan boleh dikawal..
Terima Kasih Dr..

senyap sekejap aku dengan tazkirah Dr tu..dalam hati mintak dijauhkan..
tapi tu semua kerja Allah..dia tahu apa yang terbaik untuk kita..Allah tahu ujian apa yang kita mampu bawa..

selepas 2 minggu aku dapat berita yang adik mengalami kecederaan dan pak cik dikesan menghidap kanser, kawan kehulu-kehilir aku pulak ayahnya terpaksa di masukkan kedalam wad hospital kerana masalah slip dish tulang belakang,  kawan semaster aku pulak ayahnya juga dimasukkan ke hospital, dan senior ku, adiknya terlibat dalam kemalangan.

termenung juga aku sebelum menulis post ni, rasa baru 2 minggu lepas Dr ada bagi nasihat, dan sekarang ujian tu tiba. Allah dah bagi peringatan supaya kami bersedia, sungguh Allah sayang kami, peringatan diberi sebelum ujian itu sampai..
Allah tahu kami mampu menghadapinya,
In Syaa Allah, kami akan kuatkan semangat, cekalkan hati..
sematkan dalam hati yang ujian itu diberi supaya kami tak lupa pada Dia dan supaya kami lebih berhati-hati..


2 ulasan:

  1. http://faridaredbellas.blogspot.com/2015/06/free-movie-ticket-giveaway-by-redbellas.html

    jom join segmen sy:)

    BalasPadam
  2. salam singgah sambil klik2 nuff.. :)

    BalasPadam