Isnin, 23 Jun 2014

Tasik Dragonfish di FRIM

Assalamualaikum & hai...

Minggu lepas aku pergi Forest Research Institued of Malaysia (FRIM) untuk bincang-bincang pasal projek master aku yang mungkin juga akan dilaksanakan di sana. itu kali kedua aku ke FRIM lepas kali pertama aku pergi tahun lepas untuk praktikal.. sekarang, FRIM, I came back..hohoho

macam musim luruh kt oversea jer..tak payah pergi luar Negara...hehe


before discussion dibuat kat pejabat co-advisor aku kat FRIM tu, aku ronda la kat kawasan terdekat dengan pejabat tu..aku jumpa balik tasik Dragonfish yang jadi tempat aku relax petang-petang masa praktikal dulu..best..boleh tengok ikan besar yang amat la besar...besar sangat!!!!

 bunga teratai uolsss...hoho..cantik sangat


pokok-pokok tinggi yang buat mata aku segar memandang....

mulut dia bukak luas kalo kita bagi makanan..bila tepuk-tepuk tangan mesti dia timbul.. tapi diorang ni pemalu la, asyik menyorok kat bawah pokok-pokok bunga tepi tasik..bila diorang muncul, mula la semua berebut nak tangkap gambar, mungkin sebab tu kot diorang menyorok, diorang tak nak glamour gitu, bagus kan diorang, tak giler publisiti...hahaha

Dragon fish dari hutan amazon..wah!!!..ikan overthesea..


kura-kura pun ada tau kat sini..comel-comel jer..rasa nak terjun kolam ambik diorang, tapi nanti tak pasal-pasal aku kena tangkap dengan pengawal keselamatan FRIM...huarghhh!!!
jambatan kat tasik ni pun cantik, daripada struktur glulam, siapa yang belajar bidang kejuruteraan dan perkayuan mungkin tahu tentang ketahanan glulam ni, rasanya kat Malaysia ni tak banyak struktur diperbuat daripada glulam. aku suka dok termenung kat jambatan ni, tengok pokok-pokok sekeliling yang besar-besar buat aku tenang..indah sangat ciptaan Allah..




gambar-gambar yang aku tunjuk ni ada yang aku baru ambik masa pergi minggu lepas, ada yang aku ambik masa aku praktikal kat FRIM tahun lepas..boleh la tengok-tengok..siapa yang tak pernah sampai kat FRIM, FRIM ni bukan sekadar tempat penyelidikan tapi juga tempat pelancongan yang menarik.. Jungle in the city!!!!

Ni la jambatan glulam..cantik..kat atas ni aku suka duduk tgok Dragonfish yang besar gedabak tuu..

pssttt : Seronok bila dapat kembali kat tempat yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis buat kita.. ^_^
 

1 ulasan:

  1. hi tgh blogwalking i found yr blog. nice blog. have lots of info. ive followed u. i hope u'll follow me back in return

    BalasPadam