Khamis, 18 Jun 2015

Cara Menganalisis Data Menggunakan SPSS ( Experimental Design 2 X 3 )

Assalamualaikum & Hai-hai

Selamat berpuasa semua!!..dalam dok kite berpuasa ni, adik-adik junior aku sedang bertungkus lumus menyiapkan FYP aka projek tahun akhir diorang. ada juga yang datang jumpa akak senior nak tanya cara nak menganalisis data.

dengan rasa kesian, kakak senior ni nak buat step-step nak analisis data menggunakan spss. jenis analisis bergantung kepada experimental design kajian korang. kali ni aku nak cuba tunjukkan step-step yang experimental design jenis 2 X 3.


di atas tu aku tunjukkan contoh experimental design 2 x 3..apa tu 2 x 3?.. untuk sesapa yang dah terbiasa dengan analisi data ni, mesti dah faham, so jika aku salah sila perbetulkan dengan komen post ni yer... untuk newbie, sila fahami yer.. 2 x 3 bermaksud, dua variable (pembolehubah) utama, dah setiap pembolehubah utama terdapat tiga pembolehubah. understood?



sebelum nak buat analisis mengunakan SPSS korang kena susun data dalam Microsoft  Excel dulu..
susun dia seperti gambar kat bawah ni.


 
susun cantik-cantik yer..nanti kan bila dah analisis jangan terkejut kalau analisis anda tak menjadi disebabkan susunan Microsoft excel yang tak teratur.. Density dan Resin Content tu contoh variable. MOR, MOE, IB, TS dan WA adalah contoh testing yang dibuat..




 
dah settle Excel, kita bukalah IBM SPSS kita tu yer.. pangkah la kotak kecik kat depan tu..




 
korang klik kat variable view yang kat bahagian bawah tu. lepas tu masukkan variables dan nama testing korang dalam kotak Name. Kotak nama hanya boleh masukkan satu patah perkataan sahaja, jadi pandai-pandai la korang ringkaskan nama variables dan testing tu. macam aku, aku ubah resin content jadi RC. jangan lupa betulkan decimals tu yer.. 





next, klik kat Data View kat bawah tu..automatic, apa yang korang setup kat Variable View akan muncul menjadi tajuk column untuk Data View. klik balik korang punyer Microsoft Excel, copy semua data korang yang cantik tadi, and paste kat Data View Spss. jika berjaya, anda punyer SPSS akan menyerupai contoh di atas. 




untuk experimental design 2 X 3, anda perlu menganalisis data menggunakan dua jenis analisis.
untuk yang dua variables (seperti contoh aku adalah Density) korang kena guna Independent-Samples T test...
untuk yang ada tiga variables (seperti contoh aku adalah Resin Content [RC]) korang kena guna One-Way ANOVA.

untuk step seterusnya iaitu cara menggunakan Independent-Samples T test dan One-Way ANOVA, aku pisahkan kerana stepnya berlainan..klik link kat bawah :









**POST BERKAITAN :
Cara Menganalisis Data Menggunakan SPSS ( Experimental Design 3 X 3 ) / GLM






Tiada ulasan:

Catat Ulasan