Assalamualaikum & Hai-hai
Selamat berpuasa semua!!..dalam dok kite berpuasa ni, adik-adik junior aku sedang bertungkus lumus menyiapkan FYP aka projek tahun akhir diorang. ada juga yang datang jumpa akak senior nak tanya cara nak menganalisis data.
dengan rasa kesian, kakak senior ni nak buat step-step nak analisis data menggunakan spss. jenis analisis bergantung kepada experimental design kajian korang. kali ni aku nak cuba tunjukkan step-step yang experimental design jenis 3 X 3.
di atas tu aku tunjukkan contoh experimental design 3 x 3..apa tu 3 x 3?.. untuk sesapa yang dah terbiasa dengan analisis data ni, mesti dah faham, so jika aku salah sila perbetulkan dengan komen post ni yer... untuk newbie, sila fahami yer.. 3 x 3 bermaksud, tiga variable (pembolehubah) utama, dah setiap pembolehubah utama terdapat tiga pembolehubah. understood?
sebelum nak buat analisis mengunakan SPSS korang kena susun data dalam Microsoft Excel dulu..
susun dia seperti gambar kat bawah ni.
susun cantik-cantik yer... Density dan Resin Content tu contoh variable. MOR, MOE,
IB, TS dan WA adalah contoh testing yang dibuat..
dah settle Excel, kita bukalah IBM SPSS kita tu yer.. pangkah la kotak kecik kat depan tu..
korang klik kat variable view yang kat bahagian bawah tu. lepas tu
masukkan variables dan nama testing korang dalam kotak Name. Kotak nama
hanya boleh masukkan satu patah perkataan sahaja, jadi pandai-pandai la
korang ringkaskan nama variables dan testing tu. macam aku, aku ubah
resin content jadi RC. jangan lupa betulkan decimals tu yer..
ext, klik kat Data View kat bawah tu..automatic, apa yang korang setup
kat Variable View akan muncul menjadi tajuk column untuk Data View. klik
balik korang punyer Microsoft Excel, copy semua data korang yang cantik
tadi, and paste kat Data View Spss. jika berjaya, anda punyer SPSS akan
menyerupai contoh di atas.
next, klik kat analyze, pilih General Linear Model and klik kat Multivariate.
bila dah klik tu keluar la seperti gambar diatas. klik Density dan RC
dan klik
arrow yang menunjukkan kearah Fixed Factors. untuk jenis-jenis testing
klik arrow ke arah Dependent Variables. lepas tu klik tanda Post Hoc..
Post Hoc tu akan membawa anda kesini. pindahkan density dan RC dari
Factor (s) ke Post Hoc Tests for. klik Duncan. bila dah settle, klik
Continue.
anda akan dibawa kesini semula selepas post hoc. lastly tekan OK!!!
tadaaa...
ni la hasil analisis anda menggunakan GLM.
settle dan tiba la masa untuk anda buat Discussion untuk Result anda.
psss: Good Luck!!!.. ^_^
sengaja buat post ni sebab faham perasaan bila pening nak analisis data.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan